“Semua keperluan rumah, anak sekolah, kereta, rumah, semua benda aku bayar, sampai fon dia pun aku belikan”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Assalammualaikum. Kisah ini adalah tentang perjalanan rumahtangga aku yang boleh dik4tegorikan sebagai rumah tangga t0ksik bersama dengan suami. Sebut saja aku Titin dan suami aku sebut saja Karim.

Aku kenal dan suami waktu aku kerja kilang 23 tahun lalu. Aku berasal dari negara seberang, jawa timur indonesia bukan Ind0n.

Sebelum datang Malaysia aku ada kerja cikgu, jadi aku lulusan sarjana sebab gaji guru ditempat aku tak cukup. Jadi aku nekad pergi malaysia untuk kerja kilang.

"Semua keperluan rumah, anak sekolah, kereta, rumah, semua benda aku bayar, sampai fon dia pun aku belikan"

Di situ aku kenal dengan seorang lelaki bujang yang sudah berumur, melayu, warga tempatan. Aku tahu dia pen4gih d4dah, tapi sebab aku suka, sayang pada dia, aku teruskan hubungan ini.

Orangnya pun sayang dengan aku, nak menerima aku apa adanya. Dan menunjukkan tanda – tanda akan berhenti dengan benda h4ram tu.

Habis 2 tahun aku kerja kilang, kami bernikah dengan restu kedua beIah keluarga, dia pun dah mulai tinggalkan benda h4ram tu. Setelah menikah kamipun mula kehidupan baru, aku jadi surirumah dan dia pindah kerja tempat lain.

Mulanya kami hidup bahagia aku tak pernah merungut, berapa saja duit belanja yang dia bagi aku terima. Anak pertama lelaki lahir, hidup kami masih aman saja. Sampai anak kedua perempuan lahir, suami mula berubah.

Sifat aslinya mula nampak, setiap kali ada perselisihan faham tak segan dia m4ki hamun aku, sep4k ter4jang aku. Sedih hati ini, sampai anak anak sekolah aku punya pikiran untuk berusaha cari pendapatan sendiri untuk menolong suami.

Aku buka kedai makan khusus makanan indonesia, dengan kesabaran aku kedai makan aku ada ramai pelanggan terutama budak kilang, COD lancar, foodpanda laju, boleh ambil tukang masak, pekerja buat air. Ekonomi lumayan tapi per4ngai suami masih seperti itu, egois, sombong, pandang rendah pada aku.

Setiap kali perg4duhan, dia cakap tak heran dengan kedai, tak pandang dengan kedai. Oh ya semenjak aku buka kedai makan tu pada tahun 2013, dia langsung tak bagi duit belanja dapur atau duit anak sekolah, semua aku yang keluarkan.

Tapi aku jenis tak berkira bab duit jadi aku diam saja. Sampai tahun 2015, umur suami dah 55 tahun, dia bagitau aku nak bersara dan nak tolong kedai makan. Aku terdiam tak boleh cakap apa – apa. Betul dah tiba masa bersara dia mulai masuk kedai tolong aku.

Duit Epf dia dapat, aku 1 sen pun tak dapat rasa. Dia pakai sendiri untuk baiki rumah, yang setengah lagi cakap dia simpan untuk anak – anak tapi sekarang duit tu habis dia kikis sikit – sikit. Ok, sejak dia tolong dekat kedai, sepatutnya dia kena ikut peraturan aku, tapi ini tidak, sedikit demi sedikit dia macam nak ambil alih hal kewangan.

Disebabkan dia adalah suami, aku hormat dia, aku bagi dia jaga bahagian kewangan. Tapi per4ngai barannya tu melekat. Masa jualan tak banyak dia meng4muk, buku account dia baling kat aku. Sedih hati ini. Kat kedai, dia akan kira untuk pelanggan makan suka hati dia, kalau saud4ra mara dia datang makan tak bayar.

Aku silap sikit je, dia m4ki hamun depan pekerja, depan pelanggan, langsung tak malu. Perkataan tak senonoh, segala carutan pada aku dah terbiasa, sumpah seranah. Dia cakap, kalau dia dah m4ti, aku anak beranak akan hidup merempat.

Dia cakap aku tak sedar diri. Kalau dia tak kutip aku tak akan hidup senang. Dia cakap macam tu sambil bantai aku, sep4k ter4jang aku dikedai. Seluruh badan aku sampai Iebam semua. H4ncur hatiku, aku dah penat menangis, keperluan rumah, anak sekolah, kereta, rumah, semua aku yang bayar.

Sampai HP dia pun yang aku belikan. Kurang apa aku berk0rban untuk dia. Tapi semua tu tak nampak di mata dia. Setiap cadangan dari aku apapun baik hal kedai atau hal rumah, hal anak – anak, tak pernah dia setuju, selalu berIawanan.

Macam aku ni orang b0doh depan dia. Sampai suatu tahap kedai dalam keadaan ‘jatuh’ banyak hutang, aku cadangkan untuk pinjam tekun untuk setlekan kewangan. Gaji aku untuk pakai bayar, itupun dia tak setuju. Kami semua kerja di kedai makan gaji.

Tiap hari dia meng4muk, aku tak boleh silap sikit, sampai suatu tahap waktu tu di kedai kami berg4duh, aku dah hilang sabar aku rasa direndahkan. Aku jawab apa yang dia m4ki pada ku. Dia mulai naik tangan, sampai aku pengsan.

Pekerja aku cakap masa aku pengsan dia masih berkasar dengan aku. Patutlah badan aku Iebam semua. 3 hari selepas itu aku terp4ksa buat laporan polis, tujuan aku hanya untuk minta perlindungan. Polis layan aku dengan baik.

Aku bagitau kalau polis abaikan report aku ini aku nak buat aduan ke pejabat kedutaan. Setelah peristiwa itu dia tak datang kedai ada sebulan, memang setiap kali lepas g4duh mesti dia tak datang kedai. Mogok seminggu, dua.

Ketiadaan dia di kedai buat kami semua happy, kerja senang tak banyak tekanan. Semenjak ketiadaan dia kewangan kedai aku ambil alih semula. Terp4ksa aku keluarkan duit simpanan sendiri untuk bayar hutang kedai semua itu. Nasib baik aku ada simpanan sendiri.

Mulai saat itu sampai sekarang, hal kewangan kedai aku pegang, tak bagi pada dia. Hal bayar rumah, kereta, anak sekolah, keperluan rumah masih aku yang bayar. Alhamdulillah, sekarang kedua anak aku sudah masuk university tentunya biaya sekolah sem4kin banyak tapi aku tak pernah mengeluh.

Untung kedua anak aku dapat biasiswa, yang lelaki kuliah ambil jurusan lawyer, yang perempuan ambil jurusan media kewartawanan. Setidaknya ringan masalah biaya kuliah, hanya bayar duit asrama dan makan minum dia saja.

Kembali pada per4ngai suami, dia masih tak berubah, duit gaji dia langsung tak boleh usik. Aku pun tak teringin nak minta dari dia. Hati ini dah tawar, rasa cinta dan sayang pada dia ni tinggal 40 persen saja. Aku akui setiap perg4duhan, aku memang meIawan cakap dia, sebab kalau aku diam dia akan h1na aku macam aku tak ada maruah.

Meskipun aku orang seberang, aku bukan miskin sangat. Sampai aku berpikir KEPADA SUAMI AKU tak maIukah orang lelaki nak makan pun isteri yang cari untuk sesuap nasi suap ke mulut dia. Itupun masih boleh m4ki hamun aku, b4ntai aku. Tak pikir yang dia b4ntai tu anak orang, sedangkan dia ada anak perempuan, karma akan berlaku.

Ikut umurnya dah 64 tahun, tapi pikiran dia macam orang tak betul. Aku pun dah penat, aku dah tua 54 tahun, aku beza 10 tahun dengan dia. Sekarang aku tak mau pikirkan dia lebih – lebih. Dia ada depan mata tapi bagi aku dia tak ada di depan aku.

Sekarang dia selalu s4kit tapi aku tak mau nasihatkan dia untuk pergi doktor. Sebab apa yang aku cadangkan tak pernah dia nak dengar, kami duduk berdua sahaja di rumah, anak – anak tinggal di asrama. Kalau s4kitnya datang, waktu malam dia tak boleh tidur, aku buat tak tahu.

Hati ini dah letih, penat, capek dengan per4ngai dia yang sem4kin menjadi – jadi. Nanti lepas g4duh tak tegur aku berminggu – minggu. Mula – mula aku sedih dengan keadaan seperti itu. Tapi lama – lama aku dah lali, dah terbiasa, tambah suka dia tak tegur aku.

Sekarang ni aku dah tak pikir dia, aku mau jalan, mau shopping, mau makan, mau pulang kampung aku ikut dengan anak anak aku sahaja.

Anak aku pun dah tahu per4ngai ayahnya. Hati aku sudah redha kalau bila bila Tuhan nak cabut nyawanya. Aku akan tenang, hidup aku tak tertekan lagi dengan dia.

Inilah kisah rumah tangga aku untuk dijadikan pelajaran untuk orang di luar sana. Kalau kahwin dengan orang luar, tolonglah dihargai. Kami pun ada maruah, kami ada yang pandai sekolah tinggi, indonesia dengan malaysia sama darjatnya. Jangan merendahkan kami.

Awak tu pun sekolah tak tinggi, bekas pen4gih, lepastu yang cari duit pun orang perempuan. Suami jadi biawak ngangkang, masih ada hati nak h1na aku.

Masih nak s4kiti aku mental dan fizikal aku. Itulah suami aku. Ok sekian luahan hati aku.. semoga bermanfaat untuk pembaca semuanya. Wassallam

BACA: “10 tahun aku rapat dengan keluarga mertua, satu hari aku terbuka fon suami, semua ini hanya lakonan, penuh mesej hina dan kutuk belakang”