Musnah harapan pelakon lelaki, Talha Harith mahu mengahwini tunangnya selepas wanita itu kantoi sudah menikahi lelaki lain.
Dengan rasa kecewa, Talha memberitahu persiapan untuk bernikah sudah siap sepenuhnya, namun bekas tunang pilih untuk kahwini lelaki lain.
Difahamkan, pelakon itu pernah menegur lelaki yang cuba menganggu hubungan mereka tetapi sama sekali tidak diendahkan.
Penyondol itu pula bila orang dah tegur patutnya tone down sikit. Ajak jumpa tak nak, takut.
Lihat siaran ini di Instagram
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Tahla di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Kata Tahla lagi, ibu kepada bekas tunang sangat terkejut apabila mengetahui anak perempuan sendiri pilih lelaki lain hingga menangis-menangis.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti turut bersimpati atas ujian yang dihadapi oleh pelakon itu ketika ini.
BACA: Tular kisah Waheeda Wassini menyepi dari industri seni, sekali Ustaz Akhil Hayy buka mulut