Pengasas Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi, dan influencer, Caprice, menunjukkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain melalui media sosial mereka.
Konflik ini bermula dengan sebuah video pendek di mana Yusuf Azmi menanyakan kepada Caprice mengenai ketidakpuasan hatinya terhadapnya.
Caprice membalas dengan video ringkas, memotong sedikit dari video asal Yusuf Azmi,
kemudian menyertakan lagu ‘Pasar Ikhwan Di Putrajaya’ dan gambar Yusuf Azmi yang bertemu dengan ahli GISBH.
Sebentar tadi, Yusuf Azmi menerusi Semboyan Malaysia mengeluarkan satu surat terbuka yang mengajak Caprice untuk berbincang demi kebenaran dan keadilan.
“Surat terbuka untuk Ariz Ramli @ Caprice. Pihak Semboyan Malaysia mengajak Caprice untuk berdepan dengan kami dan bercakap secara langsung tentang apa yang tidak puas hati terhadap pihak kami.
“Kami menjemput Caprice dan masih menganggap anda sebagai seorang lelaki,” petik kenyataan dalam surat terbuka itu.
Menerusi ruangan komen surat terbuka tersebut, ramai yang berpendapat bahawa Caprice ingin menyuarakan mengapa Yusuf Azmi berdiam diri berkenaan isu GISBH yang kini sedang hangat diperkatakan.