Seleweng projek Jana Wibawa, ini identiti pemimpin bersatu yang akan didakwa

Oleh INFORAKYAT

Seleweng projek Jana Wibawa, ini identiti pemimpin bersatu yang akan didakwa. Dua individu akan dihadapkan ke mahkamah berhubung penyelewengan projek Jana Wibawa, .

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memaklumkan kedua-dua individu terbabit akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada jam 9 pagi.

Terdahulu, BH melaporkan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat ditahan berhubung kes berkenaan.

Seleweng projek Jana Wibawa, ini identiti pemimpin bersatu yang akan didakwa

Kedua-dua mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya malam ini, sebelum dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok, bagi proses pendakwaan.

‘Projek Jana Wibawa diberi runding terus, terpilih kepada kontraktor mesra parti tertentu’ – PKMM

Difahamkan, pemimpin kanan parti politik terbabit yang juga seorang Ahli Parlimen dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat SPRM sebelum itu.

Seorang lagi CEO yang bakal didakwa pernah ditahan reman sebelum ini berkaitan siasatan projek Jana Wibawa.

SPRM setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penahanan itu.

Wan Saiful charged over Jana Wibawa project

Semalam, BH melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan pihaknya akan memanggil bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bagi membantu siasatan projek Jana Wibawa.

Tengku Zafrul mengesahkan sudah dihubungi SPRM untuk membantu siasatan yang dijalankan agensi itu.

Sementara itu, sumber SPRM turut mengesahkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara suspek yang disiasat bagi projek berkenaan.

BACA: 

Masa jual ‘claim’ apartmen kalis gempa bumi, tetapi lain pula yang jadi

Mukhriz lebih utamakan gabungan lain berbanding Gerakan Tanah Air – Tun M