Selepas tersangkut beting pasir, ini punca lapan trip feri keluar masuk Pulau Langkawi dibatalkan lagi

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom, berkata

lima feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terlibat membabitkan 2,013 penumpang.

“Feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terlibat adalah pada pukul 11 pagi, 12.30 tengah hari, 2 petang, 2.05 petang, dan 2.10 petang.

Bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi, sebanyak tiga feri terlibat, membabitkan 937 penumpang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, feri yang dibatalkan ini tidak dapat dialihkan ke Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis kerana kesesakan yang berlaku di sana.

Selepas tersangkut beting pasir, ini punca lapan trip feri keluar masuk Pulau Langkawi dibatalkan lagi

“Kami telah menghubungi pihak di Kuala Perlis dan mendapati terminal tidak dapat menampung jumlah penumpang dan kenderaan yang banyak.

Oleh itu, penumpang di Langkawi yang ingin ke Kuala Kedah dan sebaliknya terpaksa menunggu sehingga esok.

“Sekiranya keadaan cuaca pada esok hari baik, kami akan mengatur semula perjalanan feri yang dibatalkan ini,” katanya.

BACA: ’27 tahun kahwin, 4 anak dan seorang cucu, rupanya selama ini suami kahwini ku sebab nak balas dendam pada keluarga dia je’