Selepas salur bantuan data internet, Mujahid berusaha dapatkan peranti pula untuk pelajar Parit Buntar

Selepas salur bantuan data internet, Mujahid berusaha dapatkan peranti pula untuk pelajar Parit Buntar

Memaklumi suasana wabak Covid-19 yang semakin meruncing hingga tercetusnya PKP2.0 – ianya telah memberikan impak yang semakin menekan kepada semua peringkat komuniti. Tua / muda; lelaki / wanita; yang bekerja mahupun yang belajar

Dengan bermulanya sesi persekolahan dan sidang akademik yang baharu – kesukaran dan kerunsingan ibubapa dan pelajar dalam penyediaan fasiliti pembelajaran atas talian (online learning) menjadi semakin ketara

Menyedari akan tanggungjawab sosial dan keperihatinan terhadap golongan yang terkesan dan memerlukan bantuan, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar kini dalam tempoh menyalurkan bantuan data internet kepada 500 pelajar kurang berkemampuan dalam Parlimen Parit Buntar.

Kami juga akan memulakan Program Bantuan Peranti/Gadget untuk pelajar sekolah rendah dan menengah dalam Parlimen Parit Buntar.

Buat fasa awal, kami mensasarkan 200 pelajar menerima sumbangan peranti/gadget baru atau terpakai.

Sehubungan itu, kami memohon sumbangan atau Crowd Funding dari pelbagai pihak agar kita sama-sama dapat membantu para pelajar ini untuk memiliki peranti/gadget bagi menjalani pembelajaran online agar mereka tidak tercicir dari pembelajaran.

Sumbangan yang diperlukan untuk program ini adalah seperti berikut :

1. Peranti/Gadget terpakai – Laptop, Tablet atau telefon Pintar
2. Peranti/Gadget baru – Laptop, Tablet atau telefon Pintar
3. Wang tunai

Sumbangan petanti/gadget baru dan terpakai boleh diserahkan terus ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar, No.7, Jalan Merbok, Pekan Baru, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzwan.

Sumbangan tunai boleh di salurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 08022010050832 atas nama PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN PARIT BUNTAR

Sebarang persoalan dan sumbangan yang disalurkan, sila hubungi kepada nombor yang tertera

Hawa : 0175175576
Nakhaei : 0195749656
Hadi : 0103757377
Email : [email protected]