Selepas RXZ berjaya dijual dengan harga RM 140k, buku manual RXZ pula dijual RM 30k!

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Jenama Yamaha RX-Z menjadi perbualan hangat kebelakangan ini

setelah sebuah motosikal RX-Z dijual pada harga lebih RM100,000 kepada seorang usahawan wanita.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video yang memaparkan dua lelaki melakukan akad jual beli sebuah buku manual RX-Z.

Dalam video tersebut, buku manual yang dianggap sangat rare itu dijual pada harga RM30,000, dan dibayar secara tunai.

“Sejarah tercipta pada 16/10/2024, buku manual catalyzer model terakhir terjual

Selepas RXZ berjaya dijual dengan harga RM 140k, buku manual RXZ pula dijual RM 30k!

Dengan harga RM30,000 dibayar secara tunai,” menurut hantaran video oleh @jijieracingg.

Rata-rata warganet terhibur dengan video tersebut, membanjiri ruangan komen dengan jenaka, termasuk bertanya harga buku Avon dan Kasut Kelopak Jantung NOS (New Old Stock).

manual book part yamaha rxz 5speed,mili/yahoo & catalyzer/125zr | Shopee  Malaysia

Hasil carian di Google mendapati buku manual RX-Z pernah dijual serendah RM189 dan RM200 di platform Carousell sebelum ini.

BACA: Menteri Indonesia beri sebab kenapa pelabur asing lebih memilih melabur di Malaysia berbanding Indonesia