Selepas PH tumbang, asap rokok kembali memenuhi kedai makan

Selepas PH tumbang, asap rokok kembali memenuhi kedai makan

Dasar mantan Menteri Kesihatan YB Dato’ Dzulkefly Ahmad mula menjadi ingatan. Pada awalnya memang ditertawakan oleh orang ramai malah wakil rakyat pun ada yang menyindir. Namun atas tanggungjawab dan juga demi kesihatan buat rakyat Malaysia, mantan Menteri Kesihatan tetap melaksanakannya jarak 3 meter buat perokok.

Kini ia tinggal kenangan, malah perokok merokok sekarang boleh bebas merokok di kedai makan.

Memetik ciapan @Shuhaibarumy di akaun tweeter beliau;-

Menjadi-jadi orang merokok dalam kedai makan sekarang. Tak sampai setahun jasa reformasi Dr @DrDzul terbuang begitu sahaja.

Malah ada juga yang membalas tweet beliau dengan komen “Lain kerajaan, lain peraturan. Jangan pandang rendah kuasa undi perokok. BN pun tak pernah usik, kan dah tumbang PH dengan hembusan rokok sahaja”

Akhirnya ramai yang reply dalam nada kesal kenyataan yang direply oleh @AlphaMuin. Antaranya @AimanPsikologi dengan replynya “Punya banyak tempat nak merokok, kat tempat orang nak makan dan bawa keluarga juga yang dia pilih nak merokok.

Perokok yang tak hormati peraturan, tak ada common sense dan acah-acah “hak kami sebagai perokok”,

Sila pergi mampus berseorangan.

Begitulah jasa mantan YB Menteri Kesihatan yang akan menjadi ingatan buat rakyat.

COMMENTS