Selepas New Zealand, Khairul Aming dijemput jelajah Oman 8 hari 7 malam

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, baru-baru ini telah memuat naik satu video di TikTok yang menunjukkan dirinya berada di Oman.

Difahamkan, Khairul Aming telah dijemput oleh Oman Tourism untuk menjelajahi negara tersebut selama lapan hari tujuh malam.

Khairul Aming juga berkongsi bahawa siri jelajah Oman ini akan disiarkan pada tahun hadapan,

Dan beliau berharap kandungan daripada pengembaraan ini akan lebih menarik berbanding siri pengembaraan di New Zealand sebelum ini.

“Hasil daripada video New Zealand, kita dijemput Oman Tourism untuk explore Oman selama 8 hari 7 malam.

Selepas New Zealand, Khairul Aming dijemput jelajah Oman 8 hari 7 malam

Tourism diaorang bagi semua benda 5 bintang, minta apa pun semua diaorang bagi.”

Beliau turut memberitahu bahawa pihak pelancongan Oman telah menyediakan kemudahan bertaraf lima bintang untuk dia dan pasukannya sepanjang pengembaraan tersebut.

Dengan 8 kamera, 7 hari penggambaran, dan 3 ahli pasukan, Khairul Aming berharap siri Oman ini akan menjadi lebih besar daripada siri New Zealand. Dia juga menasihati pengikutnya untuk nantikan 7 episod pengembaraan yang akan datang.

Sebelum ini, Khairul Aming telah menjalani penggambaran siri memasak di New Zealand selama sembilan hari, yang mendapat perhatian Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon. Berikutan itu, beliau telah menerima surat penghargaan daripada Perdana Menteri New Zealand.

BACA: ‘Sepatutnya sedia maklum sebab pernah jadi menteri termuda’ Rafizi sekolahkan Syed Saddiq