Selepas nachos, kopi mi segera pula trending, ‘yang bukan-bukan je’

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Sebuah restoran menjadi tumpuan ramai selepas memperkenalkan minuman unik berupa kopi yang dicampur dengan mi segera jenama Indomie.

Minuman ini dikenali sebagai Kopi Indomie dan diperkenalkan di Bilik Rumah Coffee,

sebuah kafe yang terletak di Ciamis, Jawa Barat, pada 17 Ogos lalu.

Dalam video yang dimuat naik oleh akaun Instagram @bilikrumah.coffee, minuman ini dibuat dengan campuran gula, susu, ais, dan kopi.

Kemudian, ia ditambah dengan mi Indomie yang telah direbus bersama perencahnya serta bawang goreng.

Selepas nachos, kopi mi segera pula trending, 'yang bukan-bukan je'

Sebagai pelengkap, minuman ini dihiasi dengan hirisan cili padi dan limau nipis.

Video tersebut menerima lebih daripada 2.3 juta tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam ruangan komen.

Ada yang melahirkan rasa terkejut, manakala seorang netizen menyindir dengan berkata, “Saya terlalu waras untuk mencuba minuman seperti ini.”

BACA: Kodi Rasheed kongsi sebab apa sorok anak dan isteri dari media sosial