Selepas keluar dari Warisan, Mohamaddin lompat lagi keluar Bersatu

Selepas keluar dari Warisan Mohamaddin lompat lagi keluar Bersatu

Selepas keluar dari Warisan, Mohamaddin lompat lagi keluar Bersatu. Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi, hari ini, mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama menyatakan beliau kini bergelar wakil rakyat bebas dan setakat ini tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Hari ini saya ingin mengumumkan keluar daripada Bersatu yang saya anggotai sejak November 2021.

“Keputusan keluar daripada Parti Bersatu ini dibuat kerana saya tidak diberi peranan seperti yang dijanjikan untuk memperkukuhkan parti berkenaan sebelum ini.

“Saya telah dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan saya di Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, namun selepas lebih enam bulan, tiada sebarang peranan yang diberikan.

Selepas keluar dari Warisan, Mohamaddin lompat lagi keluar Bersatu

“Malahan saya dan penyokong-penyokong yang telah memberi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 yang lalu dan Parlimen Lahad Datu sudah diketepikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media khas, di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohammadin pada Oktober tahun lalu mengumumkan keluar Parti Warisan sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada bulan November tahun sama.

BACA:

Kanak-kanak pun dah ikut trend ‘sarung cincin’, ini kesan yang ramai tak tahu

Nak kurus punya pasal, kancil ‘legend’ jadi tempat sauna untuk pemuda ini bakar lemak, menjadi!

Peniaga dah mula kenakan caj potong ayam RM2.40 seekor

CATEGORIES