Selepas dikecam netizen, akhirnya penganjur Honda Day tukar honda buruk dengan BMW

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Penganjur Honda Day Malaysia 2024 akhirnya menyerahkan hadiah ganti setelah berlaku kontroversi berkaitan pemberian hadiah sebelumnya.

Mereka kini memberikan sebuah kereta BMW F30 kepada pemenang.

Pengumuman itu dibuat melalui TikTok rasmi pihak penganjur, di mana Remy Ampang memohon maaf mewakili krew dan urusetia acara Honda Day 2024.

Remy menegaskan bahawa dia ingin menjaga nama baik komuniti Honda di Malaysia setelah menerima kritikan

kerana dituduh lokek dalam memberikan hadiah, walaupun penganjuran acara itu telah mengaut keuntungan yang besar.

Selepas dikecam netizen, akhirnya penganjur Honda Day tukar honda buruk dengan BMW

Beliau juga berjanji untuk memberikan hadiah ganti bagi kereta yang dimaksudkan. Dalam kenyataannya semalam, Remy Ampang menyatakan bahawa kereta Honda SM4 itu dijadikan hadiah atas permintaan pihak penaja.

Namun, pihak penaja yang terlibat, Black Mafia Garage, menafikan kenyataan tersebut, menyatakan bahawa mereka hanya memindahkan wang tajaan untuk hadiah dan urusan pembelian kereta tersebut adalah tanggungjawab penganjur.

Walaupun terdapat kekusutan, semua isu akhirnya dapat diselesaikan. Hadiah cabutan bertuah yang utama kini telah ditukar kepada kereta BMW, yang disahkan dibeli oleh penganjur dan bukan sumbangan daripada penaja.

Pemenang peraduan tersebut meluahkan rasa gembira kerana mendapat hadiah istimewa ini. Majlis penyerahan hadiah kereta BMW F30 diadakan malam semalam.

Remy Ampang juga meminta komuniti Honda Malaysia untuk terus menyokongnya agar dia dapat terus berbakti kepada mereka.

BACA: Exco Pahang jawab dakwaan kadar sewaan kedai di Cameron dari RM500 jadi RM7500