Selepas dihentam tunggu duit KWSP tak masuk, ini respon Tengku Zafrul

Selepas dihentam tunggu duit KWSP tak masuk, ini respon Tengku Zafrul. Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz meminta Keluarga Malaysia supaya kekal bersabar dan menunggu pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurutnya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memberi komitmen untuk berusaha menyelesaikan semua permohonan pencarum sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“KWSP telah terima 5.3 juta permohonan dengan jumlah pengeluaran RM40.1 bilion. Ini satu jumlah yang sangat besar dan sukar untuk KWSP menyalurkan jumlah sebesar ini dalam masa yang singkat.

“Kerana itulah sejak awal lagi KWSP dah maklumkan penyaluran dibuat secara berperingkat,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Selasa.

KWSP sebelum ini mengumumkan akan membuat bayaran bagi pengeluaran khas secara sekali pembayaran kepada pencarum yang layak pada 20 April ini.


Pada Ahad, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa KWSP akan mula membuat bayaran bagi pengeluaran khas kepada pencarum yang layak bermula Isnin iaitu lebih awal daripada tarikh sebelumnya, 20 April.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ramai yang telah menerima makluman daripada KWSP berhubung status permohonan mereka.

“Ada dapat pada 20 April, 21 April dan sebagainya. Memang bukan semua yang dapat pada 18 April. Jadi, jangan risau kalau permohonan anda belum diluluskan dan penyaluran belum dibuat.

“KWSP telah memberi komitmen, mereka akan berusaha menyelesaikan semua permohonan sebelum Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

TONTON :

BACA:

Rupanya hanya berlakon jadi PA DSV, QU ‘londeh’ cerita sebenar

Mengaku ‘on off’ dirikan solat, Naim Daniel bagi pesanan ini..

Rakan dedah perangai sebenar Ira Kaza, berkawan dengan ‘skandal’ Shuk Sahar pula?

CATEGORIES