Selepas dibebaskan, polis tahan balik pengasas Sugarbook berkaitan kes rogol dan pelacuran

Selepas dibebaskan, polis tahan balik pengasas Sugarbook berkaitan kes rogol dan pelacuran

Polis menahan semula pengasas aplikasi Sugarbook bagi membnatu siasatan berhubung kes rogol dan pelacuran membabitkan seorang penuntut universiti.

Penahanan itu berlaku pada hari sama permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 34 tahun itu ditolak mahkamah majistret Shah Alam pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Selangor Fadzil Ahmat berkata lelaki terbabit ditahan untuk disiasat berhubung kejadian berlaku di Subang Jaya pada 19 Feb 2019.

“Pengadu merupakan seorang penuntut universiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Pagi tadi cubaan polis menahan reman lelaki berkenaan ditolak selepas dia dibawa ke mahkamah.

Peguam, Foong Cheng Leong, memberitahu Timbalan Pendaftar mahkamah Shah Alam Noorasyikin Sahat menolak permohonan polis selepas lelaki terbabit memberi aku janji akan memberi kerjasama penuh kepada polis.

Sebelum itu lelaki terbabit ditahan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur semalam.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/563503