Selepas berjaya beli Porsche hasil main trading, Ariff Bahran sindir ‘haters’

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Penyanyi sensasi Ariff Bahran telah menzahirkan rasa bangganya memiliki kereta idamannya berupa sebuah Porsche hasil daripada trading.

Dia berkongsi perkara itu di Instagram miliknya. Dan menyatakan bahawa dia sudah bertahun tahun berusaha untuk memiliki kereta itu

dengan membuat trading atau perniagaan pertukaran dan belian Matawang.

Ariff turut menyindir haters-nya yang selalu menyindir dia selama ini.

Kerana menurutnya, tanpa haters ini, dia mungkin tidak akan berjaya membeli kereta mahal itu.

Selepas berjaya beli Porsche hasil main trading, Ariff Bahran sindir ‘haters’

Di ruangan IG, Ariff Bahran menulis: “Bekerja bersama, Dapatkan bersama. Berbelanja bersama. Setahun lagi, satu lagi impian menjadi kenyataan. Ini untuk kami & keluarga,”

“Ini juga untuk mereka yang menghina saya sebelum ini. Terima kasih. Tanpa awak saya tidak akan berada di sini,” katanya lagi dalam nada sinis.

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Arif Bahran di atas kejayaannya memiliki kereta idamannya itu.

Arif sempat berbalah dengan netizen yang menuduh dia membuat perniagaan mirip skim ponzi.

Dia mencabar netizen tersebut membuktikan bahawa dia terlibat dalam skim penipuan ponzi dan melaporkan sahaja kepada pihak berkuasa. Dan jika ternyata Arif bukan seorang scammer, dia akan mengheret netizen itu ke mahkamah.

“Bro, kalau kau boleh buktikan aku ambil duit orang as fee and so called ponzi, kau boleh pergi report. Kalau kau fitnah, you can consider to see me in court. Tapi tu la, kau pun pakai fake account. Siapa yang fake sekarang ni?

BACA: Misteri suara wanita ketawa atas bumbung masjid akhirnya terungkai