Selepas 7 tahun berkahwin, Fattah Amin cerai Fazura talak satu

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu

Di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh pada jam 9.45 pagi.

Sebelum ini, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Namun, Fattah dilaporkan tidak bersetuju dan belum bersedia untuk bercerai kerana masih menyayangi bekas isterinya pada waktu itu.

Memetik laporan Berita Harian, peguam syarie yang mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong,

Selepas 7 tahun berkahwin, Fattah Amin cerai Fazura talak satu

berkata tuntutan perceraian antara pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin akan diselesaikan secara baik.

Zulkifli menjelaskan, beberapa perkara akan dimuktamadkan secara baik.

“Setakat perkembangan sekarang, insya-Allah perkara ini akan dimuktamadkan secara baik. Respon Fattah sangat positif dan insya-Allah,

perkara ini dapat diselesaikan secara baik,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi tadi.

BACA: Anthony Loke jawab gesaan penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor