Selepas 2 tahun berdiam diri akhirnya Mark Adam umum sesuatu yang mengejutkan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Sejakdua tahun lalu, perjalanan karier artis serba boleh, Mark Adam, kelihatan suram sehingga ramai peminat meluahkan kerinduan untuk melihatnya di kaca televisyen.

Mark, atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, 45, menjelaskan bahawa dia bukan menghilang begitu sahaja.

Sebaliknya, dalam tempoh itu, dia sibuk menjaga Allahyarham bapa mentuanya yang sakit.

“Sepanjang dua tahun kebelakangan ini, saya banyak memberi tumpuan untuk menjaga bapa mentua yang sakit.

Bukan menghilang, tetapi masa dan perhatian lebih tertumpu kepadanya,” katanya kepada mStar.

Selepas 2 tahun berdiam diri akhirnya Mark Adam umum sesuatu yang mengejutkan

Bapa mentuanya, Redzuan Abdul Malik, telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 April lalu, selepas berbuka puasa.

Kini, Mark menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk kembali memacu semula karier seninya. Dia juga ingin memberi fokus kepada bidang nyanyian yang lama ditinggalkan.

“Sekarang saya sedang menumpukan perhatian untuk kembali bekerja, malah saya sudah mempunyai lagu baharu.

“Bulan depan, saya akan mula kembali ke set penggambaran. Doakan yang terbaik untuk saya,

BACA: ‘Kami beri tiga jam untuk padam fitnah atau berdepan saman’ – Peguam baby Adham