Selepas 19 tahun, akhirnya Coldplay berjaya pecah rekod 19 tahun Siti Nurhaliza

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Selepas hampir 20 tahun, kumpulan rock dari Britain, Coldplay, akhirnya mencipta sejarah dengan memecahkan rekod

kehadiran konsert yang sebelum ini dipegang oleh biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Coldplay mencatatkan kehadiran sebanyak 75,000 penonton di Stadium Bukit Jalil.

Selepas 19 tahun, akhirnya Coldplay berjaya pecah rekod 19 tahun Siti Nurhaliza

Menerusi ciapan laman sosial X, Pop Crave, pada 22 November yang lalu, rekod kehadiran konsert yang sebelum ini dipegang oleh Siti Nurhaliza sejak tahun 2004 dengan jumlah lebih daripada 70,000 penonton, akhirnya dikalahkan oleh Coldplay.

Konsert AR Rahman pada tahun ini pula menduduki tempat ketiga dengan kehadiran sebanyak 67,000 orang.

Manakala, Blackpink berada di tangga keempat dan seniman Jacky Cheung melengkapkan senarai lima teratas.

Penting untuk dicatat bahawa konsert Coldplay di Stadium Bukit Jalil ini adalah yang pertama kali diadakan di Malaysia selepas 27 tahun penubuhan kumpulan tersebut.

BACA: “Kerana mengidam, aku minta suami belikan roti canai pukul 1 pagi, cara suami respon buat aku rasa nak cerai”