Selepas 15 tahun, identiti pencipta Bitcoin, yang selama ini bersembunyi di sebalik watak misteri Satoshi Nakamoto, akhirnya terdedah.
Dokumentari terbaru oleh HBO mendakwa bahawa individu tersebut adalah seorang pembangun perisian dari Kanada bernama Peter Todd.
Kesimpulan dalam dokumentari berdurasi 100 minit bertajuk The Bitcoin Mystery itu dibuat
berdasarkan wawancara dengan pihak-pihak terawal yang terlibat dalam pembangunan mata wang digital tersebut, termasuk Adam Back.
Back juga sebelum ini dispekulasi sebagai Satoshi.
Todd menafikan dakwaan itu, menyifatkan ia sebagai mengarut dan hanya ketawa ketika menjawab soalan mengenainya.
Satoshi selama ini dipercayai sama ada seorang individu atau kumpulan yang membangunkan Bitcoin pada tahun 2000, yang kini telah mencapai populariti di seluruh dunia dan menjadi aset digital paling bernilai.
Nilai setiap Bitcoin pada hari ini adalah lebih RM260,000 dengan nilai pasaran melebihi AS$1.2 trilion.
Satoshi dilaporkan memiliki Bitcoin paling banyak, sekitar satu juta, dengan nilai AS$62.40 billion (RM267.23 billion).
Sebarang pergerakannya boleh mempengaruhi nilai mata wang tersebut dengan ketara. Namun, Bitcoin tersebut tidak bergerak selama bertahun-tahun.
BACA: Selepas dikecam netizen, akhirnya penganjur Honda Day tukar honda buruk dengan BMW