Selepas 100 cawangan Starbucks ditutup, TGI Fridays pula bankrap

Oleh AHMAD SULAIMAN

Syarikat induk rangkaian restoran TGI Fridays telah memfailkan kebankrapan, menurut laporan dari laman berita NPR semalam.

TGI Fridays Inc. menyatakan bahawa pandemik koronavirus adalah punca utama cabaran kewangan yang dihadapi,

Dan proses kebankrapan ini akan membolehkan syarikat meneroka pilihan alternatif yang strategik.

“Langkah seterusnya yang diumumkan hari ini (kelmarin) adalah tindakan yang sukar tetapi perlu untuk melindungi kepentingan terbaik semua pihak berkepentingan,

termasuk francaisi domestik dan antarabangsa kami serta ahli pasukan yang dihargai di seluruh dunia,” kata Pengerusi Eksekutif TGI Fridays Inc., Rohit Manocha dalam satu kenyataan.

Selepas 100 cawangan Starbucks ditutup, TGI Fridays pula bankrap

TGI Fridays kini menyertai beberapa rangkaian terkenal yang telah memfailkan kebankrapan tahun ini, termasuk Red Lobster, Big Lots, Tupperware, Express, dan Joann.

Ketika ini, terdapat 163 buah restoran TGI Fridays di Amerika Syarikat (AS), berkurang daripada 237 restoran pada bulan Januari lalu.

BACA: Kalau tak bayar cadar kotor ugut panggil Polis , housekeeping hotel hatyai suka ‘pau’ rakyat Malaysia