Selangor tambah jumlah ayam kepada 20,000 ekor sehari mulai Jun

Selangor tambah jumlah ayam kepada 20,000 ekor sehari mulai Jun. Keperluan ayam adalah sebanyak 15 juta ekor sebulan tetapi pengeluaran ayam di negeri ini hanya separuh sahaja iaitu 7.5 juta ekor.

Jumlah ayam untuk jualan murah pada Jun ini ditingkatkan dari 10,000 kepada 20,000 ekor sehari, kata Exco Infrastruktur & Pertanian Sealngor. Ir Izham Hashim berkata peningkatan 10,000 ekor ayam berbanding perancangan awal itu disebabkan permintaan yang tinggi di Selangor.

“Keperluan ayam adalah sebanyak 15 juta ekor sebulan tetapi pengeluaran ayam di negeri ini hanya separuh sahaja iaitu 7.5 juta ekor. Malah jumlah pengeluaran itu bukan semua dijual di Selangor jadi ia tidak mencukupi. Kita bawa masuk untuk menampung kekurangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jelajah Agro Selangor di Central I- City di sini, malam tadi. Izham berkata 10,000 ekor ayam yang ditambah itu akan diimport dari Thailand.

“Harga kita akan kurangkan RM1. Jika harga siling sekilogram RM8.90 dengan berat 1.8 kilogram (kg) RM16 jadi kita jual RM15,” katanya.

Selangor tambah jumlah ayam kepada 20,000 ekor sehari mulai Jun

Pada 24 Mei lalu, Izham berkata Kerajaan Negeri akan meneruskan program jualan ayam murah yang dilaksanakan sejak Disember tahun lalu hingga menjelang Syawal sebagai penyelesaian jangka pendek kekurangan bekalan.

Program itu diadakan sehingga perayaan Aidiladha dengan harga jualan lebih rendah berbanding pasaran dan diharap membantu pengguna mendepani isu tersebut.

BACA:

Permohonan jawatan kosong Jabatan Perangkaan dibuka

Jihan Muse dapat tahu hamil ketika positif covid-19

Dari wanita muslimah hingga digelar sundal, Sarah Hildebrand merajuk lari keluar Malaysia

CATEGORIES