“Selama aku kahwin dengan suami, satu pakaian dalam pun dia tak pernah beli, bukan ke itu dah termasuk dalam nafkah suami?”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Saya sudah hampir 5 tahun mendirikan rumahtangga dan bererti 5 tahun juga lah saya tersksa.

Saya berkerja dan gaji saya lebih besar dari suami. Dan kerana ini suami melepaskan tanggungjawab suami ke atas bahu saya.

Sewa rumah saya yang bayar, makan, pakai saya juga saya yang bayar.

Saya yang bayar semuanya tetapi kereta saya terpaksa sewa lot parking yang lain sebab apartment kami hanya menyediakan satu lot sahaja.

Saya sering tertanya-tanya kenapa dia tak ada belas ihsan tehadap saya sedangkan saya juga punyai pelbagai komitmen lain.

Minta dibayar bil, ditangguh sehingga bekalan air dipotong. Barang dapur saya juga yang harus sediakan.

Gaji dia bukan tak besar, lebih 4k tapi saya tak tahu kemana semua duit pergi. Bila nasihat jangan selalu makan luar, mewah, pakai branded2, beli kereta mahal semua tak diendahkan.

Selama saya kahwin dengan dia, satu pakaian dalam saya pun tak pernah beli. Bukan kah itu termasuk dalam nafkah suami?

Salah ke saya s4kit hati? Bila balik kampung saya dah tentu semua duit saya, dulu b0dohnya saya, sampai sanggup bagi duit saya supaya dia bagi dekat mak ayah saya.

B0doh kan? Konon nak tunjuk dapat laki tanggungjawab, padahal.. hmmm. Bila balik kampung dia yang jauh nun juga duit saya.

BACA: Kecoh lelaki bawa kepala adik dalam beg guni ke balai polis, rupanya ada cerita lain disebalik kepala yang dipenggal

Tu belum ipar duai sibuk tanya gaji saya berapa, minta tolong belikan itu ini, kias2 tengok harga barang-barang saya umpama saya dok perabis duit abang dorang.

Takkan kita balik setahun sekali, sarapan, lauk pauk tak nak hulur kan? Dah tau tak mampu, nasihat bagi duit raya ikut kemampuan sudah la, ni tak, nak tunjuk kena bagi anak buah banyak-banyak. Padahal baju raya pun bini beli. Nak bagi bini duit raya? lagi lah harapan.

Kami sudah beli rumah dan dijangka siap tahun depan. Saya dah nasihat banyak kali, nak dapat rumah kena kumpul duit masing-masing sebab saya tak nak semua keperluan nanti, renovate saya kena keluar sorang.

Setelah gduh punya gduh, saya suggest buat loan and masuk dalam ASB. Dia buat and dah dapat 15k. Tapi nak tahu mana 15k tu pergi?

Modified kereta weyh. Tukar rim, tukar itu tukar ini. Siapa tak saakit hati? Dah berapa bulan, tak sampai tengah bulan dah tak ada sesen.

Saya harus redha ke tanggung semuanya? Bila terfikir nak makan kfc ke makan sedap ke, kena fikir kena support untuk 2 mulut.

Nak beli makan kena support 2 mulut jadi dari tak ikhlas baik tak payah makan. Saya cari rezeki penat2 tapi saya yang kena ikat perut.

Sekarang bila bergduh dia cakap saya yang riak. Saya sangat tertekan sebab saya tak ada tempat mengadu. Nak mengadu kat mak ayah saya tak nak mereka risau.

Tapi hati saya tak ada siapa tahu. Saya pun teringin nak ada orang yang tanggung saya, pergi bercuti tanpa saya yang semua keluar duit, nak juga merasa dapat hadiah dari suami.

Tapi bila ajak cuti, alasan mana ada duit. Beli barang saya mahal, dia beli kemeja RM600 tak mahal. Saya takut saya sentiasa jadi isteri derhaka sebab saya tak redha,

dan saya takut saya buat sesuatu berbaahaya dekat diri saya satu hari nanti or akhiranya saya tempatkan diri saya dekat hspital saakit jiwa.

Jangan cakap salah saya, konon saya tak tegas, kalau dulu tegas agaknya merempat bawah jambatan atau kebulur nak tunggu dia keluar duit. Nasihat? Bincang? Bergduh? Dah bosan semua tapi langsung tak ada perubahan.

Saja je saya ajak makan kedai tapi dia tak ada duit nak makan and saya makan sorang tanpa pelawa. Saya dah bosan saya je kena beralah. Jangan sebab ingat gaji saya besar siikit dari dia saya kena tanggung macam saya tak ada komitmen lain.

Sekarang saya cuma fikir nak selamatkan diri saya dari hidup yang penuh tksik. Saya cuma fikirkan pisah jalan terbaik. Tetapi saya takut nak maklumkan keputusan saya dekat family.

Dia selalu kata saya tak reti bersyukur jadi derhaka sebab ada suami yang tak pkul tak main perempuan tapi nak banyak ragam.

Lelaki luar sana, jangan kau ingat kau tak pkul isteri kau, kau rasa baik, deera mntal isteri pun toksik dalam rumahtangga. Apa yang perlu saya buat?

Kisah ke 2 lebih mendebarkan dan memberi kesan kepada sesiapa yg membaca, baca perkongsian di bawah.

Salam semua. Dua tiga hari ni asyik terbaca cerita sedih je mengenai konflik keluarga.

Saya pun nak kongsi cerita mengenai abang saya juga. Harap kite semua dapat ambil iktibar dan contoh.

Abang saya abang sulung. Banyak tanggungan adik2 yang masih belajar (satu ketika dahulu waktu mula-mula kahwin dengan kakak ipar saya) .

Walaupun bukan abang yang tanggung kami adik beradik secata total, tapi abang sentiasa membantu abah. Kadang-kadang terfikir juga mesti kakak ipar dulu terkejut masuk family kiteorang yang ya ampun ramai ni.

Waktu raya, abang dan kakak ipar tak pernah lupa belikan baju raya untuk adik-adik dia. Setiap sorang dapat baju baru. Walhal time tu ingat lagi gaji abang tak lah besar mana.

Orang kata baru nak hidup. Tapi yang kami semua respect dengan dua-dua ni adalah disebabkan karakter mereka yang saling melengkapi satu sama lain.

Apa yang abang & kak ipar saya beli untuk mak & abah, benda yang sama juga lah dibelikan untuk mak & pak mentua dia.

Sama like sama brand, sama warna. Size je tak sama. Pernah dulu pergi ziarah rumah mak mentua, mengekek mak saya ketawa bila tengok kasut & handbag besan dia sama dengan dia punya.

Kak ipar saya pulak, pantang belikan set pinggan mangkuk baru untuk mak dia pasti terselit satu set yang sama untuk mak saya.

Bukan setakat tu , setiap kali belikan baju untuk mak dia pasti ade satu bag juga untuk mak saya. Kalau bulan ni dah bawak mak abah saya makan luar jalan2, bulan depan pasti giliran mak & pak mentua.

Dah lebih 20 tahun berkahwin, tak pernah saya nampak dua-dua ni berkasar dengan orang tua. Cara dorang memuliakan ibu bapa masing2 sangatlah saya kagumi.

Dari gaji yang cukup2 makan sampai lah hidup senang lenang. Adik beradik semua alhamdulillah selamat habis belajar dan mula berkerja dan membina rumahtangga masing2 walaupun ada yang belum bertemu jodoh tp alhamdulillah semua bekerjaya.

Pernah saya tanya abang saya apa rahsia hidup dia bahagia dan mewah. Jawab dia “pegang hati orang tua..doa dorang takde tandingannya.

Bahagia kan mak abah & mak ayah mertua. Jangan lokek dengan adik beradik & ipar duai. Harta kita ni pinjaman dunia je. Ingat Allah ingat tanggungjawab. Priorities.”

Bila saya tanya kat kak ipar soalan yang sama, jawapan yang saya dapat pun sama. Dia kata “sejak akak kahwin, keluarga abang dah jadi keluarga akak.

Akak tak pernah nampak awak semua sebagai ‘alah just adik ipar’. Tapi akak anggap awak semua adik akak tak kurang tak lebih macam adik-adik kandung.

Kalau abang boleh sayangkan mak ayah akak dan keluarga akak macam mana dia sayangkan mak abah dia dan awak semua,

kenapa pulak akak tak boleh buat benda yang sama? Bahagia tu bukan kita aje rasa. Bahagia tu tengok orang lain bahagia dengan kehadiran kita.”

Saya terdiam. Betul apa yang dia kata. Saya nampak kehidupan mereka. Saya nampak jatuh bangun mereka. Saya nampak apa yang mereka buat untuk sampai ke tahap hidup yang sekarang.

Apa yang saya tahu dua dua berhak untuk hidup bahagia dan mewah begitu. Sifat abang & kakak ipar yang saling bertolak ansur dan menghormati orang tua. Dua2 tahu tanggungjawab masing2.

Yang paling saya kagum, walaupun sudah lebih 20 tahun berkahwin, perangai mereka masih tak berubah.

Waktu pulang ziarah mak abah, abang pasti menghulurkan duit saku untuk mak abah. Dan kemudiannya akak ipar akan hulur juga sampul lain. Mak akan tanya ” ehhh tadi abang dah kasi. Awak tak payah lah kasi.”

Nak tau apa akak ipar saya jawab? ” itu duit abang. Memang tanggungjawab dia. Ni duit saya. Mak boleh shopping extra sikit bulan ni hehe.”

When i look at her, i pray to allah if one day i were to be blessed with marriage and parents in laws, saya berdoa saya boleh mencontohi mereka dan saya boleh mengasihi orang tua suami saya sepenuh hati seperti mana saya mengasihi mak abah saya.

Kunci hidup ni senang. Yang suami perlu tahu tanggungjawab dia. Memang betul tanggungjawab suami lebih kepada kedua orang tuanya.

Tapi kalau suami tahu kalau dengan memualikan orang tua tu kunci rezeki yang besar, pasti suami takkan mengabaikan keluarga isteri juga.

Ada empat mak ayah kan lagi untung sebenarnya. Ada empat doa AT LEAST yang sentiasa follow kita.

Untuk hati2 yang terluuka sebab konflik keluarga, saya doakan semoga Allah sembuhkan hati2 yang terluuka. Moga Allah gantikan dengan orang yang lebih memahami & menyayangi.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Wan Azlin, Ni dugaan utk sis. Suami biawak hidup. Kalau masih sygkan suami, sis abaikan sikap dia yg boros tu(mksdnya tak pyh fikir dia nak beli apa,

buat saakit hati) dan cuba manage financial supaya sis dpt byr bil, mknn n lain2. Trus terang ckp, tiada siapa blh sedarkan suami sis melainkan Allah. Doa lah pd Allah agar suami berubah.

Nur Hashimah, Kesian awk. Sebelum awk saakit jiwa, r0sakkan diri awk sendiri lebih baik berpisah je. Sb nti klu da sampai tahap saakit jiwa, takot nti dia yg tinggalkan awk.

So lebih baik sementara belum ada anak ni, sementara awk masih sihat dan waras, awk yg tinggalkan dia dl. Even sekarang dia tak deera fizikal awk, tp dia dah deera mntal, emosi awk. Maaf klu cadangan sy ni kjam.

Maria Sarah, Wahhh betul-betul sedap eh ditanggung bini, seronok jadi biawak hidup..laki spesis biawak ni, sis boleh dah buang jauh-jauh dari hidup sis..nak bela buat apa?

Lagi ah sis nak beli rumah, memang takkan punyalah dia nak keluar belanja untuk rumah tu..tau nak duduk free je. Nafkah bini pun culas, bila diminta dikatakan bini tak bersyukur

Ammar Afandi, Puan, saya jarang nk komen bab mcm ni. Tapi pada sy lh puan, puan ada kerjaya, ada gaji yg besar..dr tanggung biawak hidup serupa ini baik crai sajalah.

Slowly terangkan dgn family, in Sha Allah mereka akan mengerti. Cari bahagia lain, bahagia sendiri.. Biar dia nk kata apa tapi Allah lebih tau.. Move on, puan layak bahagia..

Ummu Salmah, Dr berpisah cuma take action yg dia xsangka..cuba dlu.. Sis kena ajar dia btggungjwb.. Cuba jd kedekut.. Suap 1 mulut.. Xperlu dua mulut..

Bukan sbb derhaka tp niat nk mngjar.. Lelaki klu dr mula kawin awk buat sgala.. Dia akn amik ksmpatan… Hrp pncraian adlh jln trakhir..usaha lain dlu

Adam Mukhriz, aku pernah jumpa lelaki mcm ni. Dan aku kenal perempuan tu. Dia tanya pendapat aku. Kahwin dah hampir 10 tahun, anak dah 2 orang.

Masalahnya laki dia xkoje. Yg sediakan semua ialah isteri. Aku nasihatkan pmpuan tu, tuntut fasakh sebab suami dia gagal tunaikan tanggungjawab nafkah zahir.

Walaupun suami bukan kaaki pkul. Kalau setakat pandai nafkah batin, kucing arwh abah aku dulu tu pun terrer.

Hasilnya , bila berpisah, bekas suami kena keluar rumah sehelai sepinggang, sebab semua harta si isteri. Bekas suami marah kat aku, kata aku punca dia berpisah.

Aku tepekkan balik, hang ingat aku lapaq kat bini hang ka ? Hang tu, pi la cari kerja, ni kerja xmo, dok mengangkang ja kat umah, baik hang bersara dari jadi lelaki.

Nasib baik ex wife hang tuntut fasakh, sebab xlarat dia dok tanggung hang biawak hidup dekat 10 tahun. Kalau aku jadi bini hang pun aku mintak crai. Awat la hang ni mangkaq sangat ?

BACA:“Adik perempuan aku dengan suami aku! Perempuan mana boleh terima? Kalau kawan sendiri ada hubungan dengan suami pun kita tak boleh terima, apa lagi dari darah daging aku sendiri!”