“Selama 8 bulan lepas bersalin dia langsung tak sentuh aku, asyik dengan tengok telefon rupanya ini kerja dia”

Oleh INFORAKYAT

“Selama 8 bulan lepas bersalin dia langsung tak sentuh aku, asyik dengan tengok telefon rupanya ini kerja dia”Isteri kena scam, ya itu aku.

Sedikit latar belakang mengenai aku dan suami. Berumur lewat 20 an. Berkahwin 2 tahun dan mempunyai seorang anak 1 tahun.

Berbalik kepada tajuk, aku kena scam. Suami seorang ayah dan suami yang baik kepada anak dan aku.

"Selama 8 bulan lepas bersalin dia langsung tak sentuh aku, asyik dengan tengok telefon rupanya ini kerja dia"

Dari nafkah zahir memang alhamdulillah dia akan cuba sedaya upaya untuk beri.

Namun, sejak di awal perkahwinan, dia jarang sangat untuk memberi nafkah batin. Dia ada masalah erectile dysfunction.

Jadi di awal perkahwinan, aku memang support dia untuk ke hospital untuk berubat.

Daripada keputusan tu, Dr kata tiada masalah semua normal. Mungkin faktor terbesar ialah stress. Jadi aku fikir dia memang stress dengan kewangan dan sambung belajar.

Selepas 6 bulan perkahwinan, dek desakan dari kedua2 pihak ibu bapa, mereka nak cucu, alhamdulillah aku disahkan mengandung.

Kehidupan kami masih bahagia.

Walaupun jarang di beri nafkah batin, namun jika aku meminta dia akan berikan.

Kalau ikutkan dia, sepanjang perkahwinan memang dia tak pernah memulakan dlu. Dia cakap sebulan sekali saja.

Aku sebagai isteri yang sayang dan taat kepada suami, menurut saja kerana memahami keadaan suami yang penat dan stress.

Kami juga dalam perkahwinan jarak jauh mengambil masa hampir 5 jam perjalanan pegi dan balik. Kerana dia bekerja di lain negeri.

Kebiasaan, suami bila stress dia akan mengabaikan aku dan main game sehingga tak ingat dunia.

Dia lebih prefer menghabiskan masa dengan bermain game dari meluangkan masa bersama isteri yang tengah mengandung.

Masa aku sarat mengandung dan hampir melahirkan, memang dia tak bagi nafkah batin alasan penat berulang berjam2 dalam seminggu 3 kali. Balik hari.

Masa aku sarat aku rasa macam kena reject dan kurang keyakinan diri. Dia cakap tunggu lagi 3 bulan.

Dia memang dah berubah, aku mula merasakan hilang manis nya perkahwinan.

Aku makan hati, aku hanya pergi mall dan bersenam seorang diri untuk memcepatkan proses beranak. Di mana suami? Penat dan stress. Main game dan solat entah ke mana.

Bab agama pun tidak berapa okay, aku penah ajak dia untuk solat jemaah, baca quran bersama tapi hanya berakhir dengan pergaduhan.

Jadi sejak dari itu, aku memang tidak letak sebarang pengharapan pada dia lagi. Hanya bergantung pada Allah.

Aku pun selamat melahirkan anak yang sihat dan alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Aku berpantang di rumah ibu bapa aku.

Masa ni hampir meroyan sebab bergaduh besar dengan suami katanya dia penat nak layan emosi aku masa berpantang yang suka marah2.

Aku sendiri pun tak mau marah tapi sebab sakit dan dia tak cuba memahami dan amik peranan. Dengan nak anak kuat menyusu.

Selama 8 bulan lepas bersalin di biarkan aku sembuh tanpa memberi nafkah batin katanya kesian kepada aku nak bagi luka cepat sembuh.

Aku pun dah tak kisah sebab masih lagi sakit hati masa dia tak berikan aku nafkah ketika aku sarat.

Selepas 8 bulan, aku yang meminta, ya dia takpernah memulakan dlu. Dan seperti biasa syaratnya sebulan sekali saja. Dan aku menerima sbb memikirkan dia penat jaga anak dan bekerja.

Hujung bulan 2, akhirnya Allah nak tunjukkan segalanya kepada aku. Dan sekarang aku memahami kenapa dia ada masalah dalam hubungan kelamin.

Rupanya sebab dia banyak tengok porno dan juga bertukar mesej/video lucah dengan perempuan lain (lebih dari 10 perempuan) di pelbagai media sosial dengan menyembunyikan identiti sebenar dengan membuat fake accounts.

Satu2 benda terkantoi, dia ada masalah ketagihan s**s. Dia lebih suka untuk memuaskan nafsu dengan fantasi yang tak masuk akal bila lihat porno.

Dan memilih untuk chat dan bertukar video yang tak senonoh dengan perempuan yang mempunyai aset yang lebih menarik dari membuat hubungan sebenar dengan isteri.

Dia kata aku tak pandai, tak ada membuat kelainan, selepas kantoi baru aku tau.

Yang paling meranapkan kepercayaan aku ialah dia scam aku untuk berkawin dengan dia.

Dia ada masalah ni sebelum berkawin lagi dan bila aku baca segala mesej semasa kami bercinta, berkahwin, bersalin anak, sangat menjijikkan dan menyedihkan.

Malam masa sebulan selepas berkahwin kami buat dinner dan dia ada mesej perempuan lain.

Lepas pada aku beranak 3 hari, dia post video dia buat benda tak senonoh dia media sosial. Aku sangat terkejut dan jadi hilang akal.

Bila aku confront tak mengaku sampai aku kena ugut untuk tunjukkan bukti baru dia mengaku, itu pun tak minta maaf di awalnya kerana dia rasa dia entitle dan bagi nafkah zahir dan jadi seorang bapa yang baik.

Aku menghadiri sesi kaunseling sebanyak 5 kali. Emosi tak stabil, makan tak lalu. Pergi kerja menangis. Dan suami pun menangis dan berjanji untuk berubah.

Hidup aku tak tenang, rasa dikhianati, kerana dia juga membayar khidmat kepada perempuan2 lain dan juga membayar langganan kepada sesetengah apps.

Aku cuba memerima dia semula untuk memberi peluang kedua, namun akan berbalik kepada aku untuk mengamuk dan mempersoalkan kalau dia betul2 sayang aku dan anak ,kenapa dia tipu aku macam ni hampir kepada 3 tahun lebih.

Dia cakap dia memang tak jangka akan terkantoi dan akan menipu aku sampai bila2. Allah, berat dada

Sekarang memang aku dalam proses nak menerima segala apa yang berlaku dgn berlapang dada. Aku memang dh tak boleh terima dia walau dia cuba untuk berubah.

Kerana kepercayaan dah tiada. Hati aku dah mati. Aku nak fokus healing diri dan baru fokus kepada anak. Dan aku berdoa aku kuat untuk redha bahawa jodoh kami setakat ini saja.

Jadi pengajaran di sini, kalau anda dicurangi itu bukan masalah anda. Pasangan yang memilih untuk berbuat semua tu. Curang ialah pilihan.

Aku still teringat mesej dan video mereka, bagaiman dia sanggup bertukar video dan gambar sesama sedangkan isteri dibiarkan terkontang kanting dalam hubungan bersama.

Lagi satu red flag, kalau pasangan ada masalah tak memberi nafkah batin. Ada sesuatu yang disembunyikan. Percaya lah hanya Pada Allah. Aku percaya apa yang jadi semua ada hikmah disebaliknya. Sembunyi macam mana pun Allah akan tunjuk.

Lagi satu nasihat ialah, komunikasi, suami aku memang tak reti dan tak belajar cara komunikasi, kalau di tak puas hati dia simpan saja .

Kalau bergaduh dia akan diam saja smpai aku kena pujuk dan beralah. Jadi kepada semua pasangan, belajarlah cara komunikasi dalam rumah tangga yang efektif.

Kepada sesiapa yang melalui situasi mcm aku, jangan pendam. Berjumpalah pakar yang boleh tolong kita. Kita saja yang boleh bahagakan diri sendiri. Semoga kita semua boleh tenang, bersabar dan kuat.

Aku doakan yang membaca semua tidak akan melalui kesakitan yang aku rasakan dan selalu dalam lindungan Allah. Aamiin.

BACA:

Kecoh tahun ini raya mengejut lagi macam tahun lepas sekali ini jawapan padu JAKIM

‘Kasih ibu bawa ke Syurga, kasih ayah selamanya’, rumah terbakar ibubapa gadai nyawa selamatkan anak undang sebak netizen