Nama aku Zana berumur 28 tahun. Aku ni lepasan ijazah dan sudah bekerja setelah tamatnya degree beberapa tahun dulu.
Gaji aku taklah banyak sangat. Ada dalam RM3700 sahaja. Cukup untuk saving dan bagi mak ayah aku.
Pada tahun lepas aku berkenalan dengan seorang lelaki melalui FB. Dia ada mutual jauh kepada salah seorang kawan aku di zaman uni dahulu.
Bermula dengan komen – komen post akhirnya bertukar nombor telefon. Dari situlah hati terbuka mengenali lelaki sebab sebelum tu aku malas memikirkan jodoh.
Sebab target aku nak perbaiki karier dulu. Lelaki ini berterus terang.
Dia hanya kerja kilang di mana gajinya memang lebih sikit dari aku iaitu sekitar RM2000 sahaja tetapi masuk OT boleh sampai RM3000 kalau pulun juga.
Sepanjang kenal dia, Rizal orang yang sangat penyabar, soft spoken, sangat menjaga budi bahasa hatta dari hari pertama berbual. Sampai ke hari ini, kami hanya pernah berjumpa sebanyak 2-3 kali sahaja dan masa PKP langsung tak jumpa.
Saat aku dah mula sayangkan dia sedikit demi sedikit, Rizal dedahkan masa silamnya yang agak mengejutkan. Dia berpendapat, dia enggan menyorokkan apa – apa rahsia kerana aku berhak tahu. Mula – mula dia kata, ramai perempuan tinggalkan dia sebab benda – benda ni. Jadi autom4tik aku terfikirkan 3 benda :
1) M4ti pucuk?
2) Suami orang?
3) Ada anak luar nikah?
Tapi semua salah. Dia bagitahu benda yang selalu aku nampak dalam drama saja. Allahu luluh jantung aku. Rizal mengaku :
1) Tidur dengan peIacur 2 kali
2) Minum ar4k dan main nombor
3) Pernah ambil d4dah selama 1 tahun
Aku agak tercengang di mana aku tak tahu nak respon apa. Marah? Mestilah sebagai perempuan aku rasa macam astaghfirullah. Tapi Rizal jelaskan itu zaman mudanya iaitu masa dia lepas sekolah. Sebab Rizal ni berasal dari br0ken family.
Jadi mak ayah dia macam jenis mengabaikan anak membuatkan dia bebas mencari keseronokan sendiri. Tapi saat dia belum sempat baIas jasa emaknya, di usia 21 tahun maknya meninggaI akibat s4kit jantung. Ketika itu dia rasa sangat menyesal dan nekad berubah.
Saat itulah hidayah datang dan perlahan – lahan dia tinggalkan dunia enjoy termasuklah ket4gihan d4dah tadi. Kalau dilihat fizikal Rizal, memang tak jangka dia bekas pen4gih. Badannya berisi muka pun biasa saja. Tak cengkung dan sebagainya.
Tapi aku mula timbul keraguan. Sebab aku ada 1 mindset di mana pen4gih akan tetap jadi pen4gih dan takkan berubah. Rizal menjelaskan dia memang dah berubah dan langsung tak sentuh benda tu. Oh untuk makluman, dia berumur 32 tahun ya.
Dekat seminggu juga kami berdiam. Aku abaikan semua call dan mesej. Sampailah dia bagi jaminan :
“Esok – esok kita jumpa, sama – sama saya bawa awak pergi Jabatan Nark0tik. Saya buat ujian air k3ncing. Biar awak dengar sendiri daripada polis hasil test tu. Saya berani sebab saya betul – betul sayang awak. Saya takkan tipu benda macam ni. Nak buat ujian setiap bulan pun saya boleh”.
Tapi hati aku tetap ragu. Rizal terus yakinkan lagi tanpa jemu walaupun aku mula berubah sikap. Sebabnya dia benar – benar dah berubah tak sentuh benda tu lebih 10 tahun. Walaupun dia hanya kerja kilang, dia ada rumah dan kereta sendiri. Kadang – kadang dia buat Grab untuk tambah pendapatan.
Masa ni hati aku macam dah tawar. Selalu dengar lelaki kecewa awek takde d4ra. Tapi kes aku, pakwe aku dah takde teruna sebab main dengan pel4cur. S4kit sangat. Pen4gih lagi. Untuk penolakan secara halus, aku saja minta dia sediakan wang hantaran bernilai RM50,000. Ketika ini dia beritahu niat untuk kahwin.
Dia tak cakap banyak terus berkata itu di luar kemampuan dia. Aku pun kata, okey takpelah jadi sampai sini sahaja hubungan kita. Tapi dia minta diberi masa. Aku ingat tu cara berputus yang baik. Aku tak sangka rupanya dia bekerja lagi keras.
Selain buat OT kilang, dia jadi runner hantar makanan dan agen produk makanan. Boleh dik4takan tiap hari dia balik rumah jam 12 malam setiap hari. Cukup beberapa bulan sahaja, dia hantar summary akaun Maybank di mana sudah terkumpul sekitar RM15,000. D
ia kumpul sebanyak itu dan hingga kini masih terus mengumpul dengan niat nak menghalalkan. Dalam masa aku jadi terharu, muncul juga rasa betul ke apa aku buat? Sayang? Ya aku sayang sangat sebab Rizal sangat baik.
Aku naikkan hantaran mahal di luar kemampuan dia. Aku nak susahkan dia biar putus asa. Tapi dia pergi pulun kerja dalam masa sekejap dah kumpul banyak macam tu. Dia siap minta aku masa untuk buktikan semuanya.
Aku bukan sok suci. Cuma part pel4cur dengan pen4gih buat aku sangat tertanya dan ragu. Macam mana kalau rupanya dia still ambil semua tu? Walaupun beribu kali dia sumpah atas nama Allah, aku masih ragu. Untuk pengetahuan semua, aku ada s4kit berkaitan rahim di mana sebulan aku akan habiskan dalam duit RM300 – 500 membeli ubat.
Aku hanya beritahu Rizal pasal benda ni hanya selepas 6 bulan kami berkenalan. Sebelum ni dia pernah beri aku hadiah sempena birthday. Oleh sebab tak tahu nak beli apa, dia ada transfer duit saja minta aku beli sendiri benda yang aku suka.
Rupanya nombor akaun CIMB aku tu dia masih save. Tak sangka bila dia tahu pasal s4kit aku tu, setiap bulan autom4tik dia akan masukkan RM300. Berulang kali aku larang tapi dia harap aku tak tolak. Itu juga cara untuk membuktikan cinta kepada aku katanya.
“Walaupun kerja biasa dan pernah ada masa silam, lelaki akan berubah bila dia temui perempuan yang disayangi”. Mula – mula cringe dengar sebab ayat macam drama. Tapi bukan sekadar manis mulut. Bulan habis bulan, dia terus buktikan betapa seriusnya dia sudah berubah dan sanggup terima kekurangan aku dari segi s4kit perempuan ni.
Aku pernah diberi amaran kepada doktor soal s4kit ni. Mungkin bila kahwin ada risik0 susah hamil atau tak hamil langsung. Sepenuh jiwa raga aku beritahu juga benda ni pada Rizal dengan harapan sampai sini saja la hubungan kami.
Sapalah nak wanita s4kit begini? Tapi aku silap. Rizal menerima seadanya. Soal anak pula, dia siap kata sudi menerima aku walau 1 hari nanti ditakdirkan aku susah hamil. Tak habis di situ. Dia masih yakinkan aku cintanya tulus.
Selalu dia kirimkan surprise and vitamin untuk kualiti kesihatan aku. Lama – lama aku jadi tertanya. Aku persoalkan masa silamnya. Adakah aku ni maksum dan bebas d0sa? Aku sendiri banyak d0sa lain. Tapi siapa aku mahu menilai lelaki yang berusaha berubah?
Bahkan effort yang ditunjukkan lama – lama meraih kepercayaan aku. Seperti mana aku menerima si dia yang pernah banyak d0sa, seperti itu dia akan terima aku seadanya andai berjodoh. Itulah ayat yang Rizal selalu kata. Dia tak pernah desak aku untuk kahwin.
Apa yang paling penting, dia nak aku lihat semua usaha tu dan buatlah keputusan nanti. Dia pernah suarakan hasrat nak beritahu hubungan ni pada ibu ayah aku. Tapi aku tak bagi sebab masih rasa ini bukan masanya lagi.
Selain soft spoken, dia sangat sabar. Bila berg4duh sikit dia memang air. Aku adalah api. Bila s4kit aku sampai, dia sentiasa jadi peneman walaupun sekadar bervideo call selama 15 minit sehari. Dia juga lelaki yang pembersih.
Rumahnya dirapikan dengan bersih dan cantik. Jenis lelaki yang rajin melihatkan keadaan rumahnya yang sebegitu. Siap bergurau lepas kahwin aku tak payah masak. Dia akan buat semua. Budi bahasanya terjaga. Macam – macam dia buat untuk buktikan dia serius.
Kalau aku ada depan mata, sekarang juga dia rela diheret oleh aku untuk pergi ke mana – mana pusat nark0tik demi buktikan dia tak ambil barang tu lagi untuk buktikan dia clean. Dia berani juga buat medical checkup untuk buktikan dia bukan lagi suka celup perempuan macam dulu.
12 tahun dulu dia mengaku buat semua tu. Tapi sekarang dia bersumpah itu semua masa silam. Dia beritahu aku supaya aku tahu. Bukannya menyembunyikan kebenaran. Mohon pendapat kakak semua. Macam mana kalian buat pertimbangan si dia adalah jodoh yang tepat? Macam mana kakak – kakak tahu diri dah betul bersedia untuk kahwin? – Ayuna (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Jenny Loo : 1. Minta dia buat pemeriksaan kesihatan dan ujian d4rah bagi mengesan sebarang peny4kit kelamin (STD) dan HIV (berdasarkan sejarah aktiviti s3ks dia dan kegiatan drvg abuuse dia sebelum ini).
2. Fikir sebaiknya keputusan untuk mengahwini lelaki ini dan tanya pendapat orang – orang yang lebih arif.
3. Lelaki yang bakal kita kahwini akan menjadi peneman hidup kita dan ayah kepada zuriat kita nanti. Fikirlah sehabis baik.
Ann Fardan : Asal seseorang itu tidak penting.. Tapi bagaimana dia berusaha mencari jalan pengakhiran yang baik perlu di kita Nilai. Lelaki ni kalau sayang kan kita ada 2 perkara yang dia akan buat dan terus buat.
Pertama dia nak bagi masa dia. Kedua dia tak lokek duit dia. Kalau bertahun – tahun kenal dia kekal nak bagi masa nak melayankan kerenah kita. Tak lokek dan berkira pasal duit bila – bila diperIukan. In sha Allah boleh jadi husband material.
Apapun solat isktiharah minta petunjuk. Tapi kalau tanya makcik. Jagan banyak sangat menduga. Nanti mamat tu give up. Kita pun bukan maksum sangatkan. Fikir yang baik – baik in sha Allah nanti semuanya jadi baik.
Fiza Mohd Bardam : Diknon ramai yang hisap d4dah badan sihat, gemuk buncit. Jadi fizikaI bukan pengukur dia clean. Dan pen4gih sekarang lebih pro dan ramai yang segak bergaya. Pada saya, semua orang buat silap dalam hidup dan wajar diberi peluang.
Bab d4dah, kalau sis sedia hidup dengan dia, makanya bersedialah untuk bantu dia kalau dia bakal terbabas. Tak boleh expect bulan bintang, bed of roses bila berjodoh dengan bekas pen4gih. Kebarangkalian dia relapse tetap ada.
Tapi jatuh lagi tak bermakna dia tak boleh bangun. Sis pegang cakap sy, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau takut kena kovit jangan berani tak v4ksin, selit gurau sikit. Rumahtangga ni komitmen dunia akhir4t. Kalau sanggup bersusah, silakan.
BACA: Ruhainies terkedu bila dapat soalan cepumas dari wartawan undang reaksi netizen