Selain umum hari raya, ini fungsi sebenar mohor besar Raja-Raja ramai tak tahu

Oleh AHMAD SULAIMAN

Sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, umat Islam pasti menantikan kemunculan

seorang individu di kaca televisyen sambil mencuba menebak warna pakaian baju Melayu yang akan dipakainya.

Individu tersebut ialah Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, yang menjabat sebagai Setiausaha Raja-Raja Melayu atau lebih dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Selain umum hari raya, ini fungsi sebenar mohor besar Raja-Raja ramai tak tahu

Tugas beliau adalah mengumumkan tarikh permulaan puasa dan Hari Raya bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia setelah mendapat persetujuan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Namun, tahukah anda apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan Mohor Besar Raja-Raja?

Mohor besar ini melambangkan kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Selain itu, Surat cara akan dimeterai oleh Mohor Besar yang mewakili kuasa dan kepercayaan. Ini juga menegaskan kesahihan dan kebenaran sesuatu surat cara.

Mohor Besar ini disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Apa yang menarik mengenai Mohor Besar Raja-Raja, pada permukaannya terdapat jata sembilan negeri Melayu Beraja iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Perlis.

Turut menarik, pada permukaan mohor besar itu terdapat perkataan yang bertulis ‘Mohor Besar Raja-Raja’ dalam huruf Jawi.

BACA: Pasangan suami isteri terkejut objek pelik berambut panjang atas siling, rupanya kepala anak sendiri!