Selain kertas exam, kertas yang bakal dibacakan PMX petang ini juga bakal buat ramai berdebar

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 pada pukul 4 petang ini di Dewan Rakyat.

Pembentangan Belanjawan 2025 juga akan disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan dan platform media sosial Utusan Malaysia.

Belanjawan ini merupakan bajet terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Menurut kenyataan Prabelanjawan 2025, Belanjawan 2025 memberi tumpuan kepada teras utama kerangka Ekonomi Madani,

iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai, serta tatakelola baik dan reformasi sektor awam.

Selain kertas exam, kertas yang bakal dibacakan PMX petang ini juga bakal buat ramai berdebar

“Teras menaikkan siling bertujuan untuk menstrukturkan semula ekonomi dan meningkatkan daya saing negara, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia

. Sementara itu, teras menaikkan lantai bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat dengan memastikan kesaksamaan peluang, taraf hidup yang baik, dan perlindungan sosial untuk semua.

“Teras tatakelola baik dan reformasi sektor awam pula bertujuan untuk mengutamakan aspek ketelusan, kecekapan, dan akauntabiliti dalam kerajaan supaya matlamat yang digariskan untuk Malaysia dapat dicapai,” katanya.

Kenyataan tersebut disiarkan di laman sesawang khas Belanjawan Kementerian Kewangan, Belanjawan 2025.

Berdasarkan takwim yang dipaparkan di laman rasmi Parlimen, Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 itu akan dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari bermula Isnin ini, sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 6 November.

Seterusnya, Ahli Parlimen akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 13 November untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat.

BACA: Maszlee Malik dituduh dedah memo burukkan kerajaan, tuan badan tampil beri jawapan