Selain content creator, ini 7 pekerjaan gaji mahal dan paling senang dapat di Malaysia

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Sebut sahaja tentang proses pencarian kerja, kriteria utama yang menjadi perhatian adalah berapa gaji yang ditawarkan oleh majikan.

Dengan taraf hidup yang semakin meningkat, memiliki gaji yang baik sangat penting untuk menampung perbelanjaan.

Namun, tidak semua jenis pekerjaan menawarkan gaji yang tinggi!

Berikut adalah antara sektor pekerjaan yang dikatakan mempunyai gaji yang ‘masyuk’ di Malaysia.

Namun, semua tugas dalam kerjaya ini memerlukan kepakaran dan tanggungjawab yang tinggi!

Selain content creator, ini 7 pekerjaan gaji mahal dan paling senang dapat di Malaysia

1. Juruterbang

Siapa yang tidak teruja apabila mendengar tentang kerjaya juruterbang? Dianggarkan, juruterbang baharu boleh menerima pendapatan sekitar RM10,000 hingga RM12,000 sebulan jika terbang selama 70 jam.

Tanggungjawab mereka bukanlah ringan; mereka perlu memastikan semua penumpang selamat sampai ke destinasi yang dituju. Sebarang situasi kritikal perlu ditangani dengan cepat dan bijaksana.

2. Pengarah Bank

Kerjaya dalam bidang perbankan di Malaysia juga dikatakan agak lumayan, dengan ketua eksekutif perbankan memperoleh kira-kira RM252,000 setahun. Pekerjaan ini memerlukan tanggungjawab tinggi, termasuk mengendalikan sejumlah besar wang dan aset serta menyelia kakitangan untuk memastikan projek dijalankan mengikut belanjawan yang diluluskan.

3. Doktor Pakar

Pakar bedah adalah doktor bertauliah yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat penyakit yang memerlukan pembedahan.

Di Malaysia, pakar bedah boleh mendapat pendapatan sehingga RM458,793 setahun, bergantung kepada hospital di mana mereka bekerja. Walau bagaimanapun, untuk menjadi pakar bedah yang mahir, perjalanan yang panjang dan kos yang tinggi perlu diambil kira.

4. Peguam

Kerjaya peguam sangat mencabar. Peguam boleh mengkhususkan diri sebagai peguam bela atau peguam cara, dengan pendapatan mencecah RM184,675 setahun. Pendapatan mereka bergantung pada pelbagai faktor seperti kepakaran, pengalaman, dan lokasi geografi.

5. Akauntan

Akauntan juga boleh memperoleh pendapatan yang baik, terutamanya untuk graduan baharu, dengan purata gaji sekitar RM59,708 setahun. Ini adalah gaji permulaan yang hebat dengan potensi pembangunan yang baik di masa hadapan.

6. Jawatan ‘C-Suite’

Istilah “C-suite” merujuk kepada gelaran eksekutif kanan seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO), dan Ketua Pegawai Operasi (COO). Jawatan-jawatan ini sememangnya mempunyai pendapatan yang tinggi, dengan gaji tahunan sekitar RM281,000 dalam pelbagai bidang.

7. Software Engineer

Sektor IT merupakan bidang yang sangat laku dan mempunyai pendapatan tinggi, khususnya bagi graduan baharu.

Seorang jurutera perisian di Malaysia boleh menjangkakan pendapatan sekitar RM65,994 setahun. Pemegang Ijazah Sains Komputer atau Teknologi Maklumat sangat diperlukan dalam bidang ini.

Jadi, jika anda sedang mencari pekerjaan, pertimbangkan sektor-sektor ini yang bukan sahaja menawarkan gaji menarik tetapi juga memerlukan kepakaran dan tanggungjawab yang tinggi!

BACA:Maszlee Malik dituduh dedah memo burukkan kerajaan, tuan badan tampil beri jawapan