Sekolah Vernakular : Ketua Pemuda MCA sekolahkan Wan Fayhsal

Sekolah Vernakular : Ketua Pemuda MCA sekolahkan Wan Fayhsal

Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting berpandangan bahawa pemimpin generasi muda perlu mempunyai pemikiran yang seiring dengan arus kemajuan global supaya dapat mengharungi cabaran pada masa akan datang.

Katanya lagi, oleh itu kenyataan yang menggesa pemansuhan sekolah vernakular di Malaysia tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal hanya semata-mata kerana mahu meraih publisiti murahan.

Hakikat menyedari bahawa sistem pendidikan di negara ini perlu berubah secara dinamik dan ianya juga perlu ditransformasikan mengikut peredaran semasa yang semakin berkembang menjelang abad ke-21. Ini bertujuan memastikan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa atau memperoleh status “World Class Education” dapat direalisasikan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique telah memberi jaminan bahawa Kerajaan tidak akan mengubah sistem pendidikan negara dengan memansuhkan sekolah vernakular, demi mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat, bahkan ianya sudah termaktub dalam perlembagaan negara ini.

Jelas beliau, usaha memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia berupaya dirintis menerusi kaedah lain. Antaranya seperti mempergiatkan lagi inisiatif-inisiatif untuk menyuntik kesedaran berhubung kepentingan perpaduan dengan menghayati aspek Rukun Negara bermula di peringkat awal.

“Sekolah vernakular sering dipersalahkan secara tidak adil kerana kononnya tidak menyemai semangat perpaduan nasional, sedangkan terdapat banyak lagi faktor lain yang menyebabkan perpecahan kaum. Tindakan menyalahkan sistem pendidikan negara tidak akan dapat menyelesaikan masalah berkaitan perpaduan di Malaysia secara menyeluruh,” tegas Nicole.

Baca lagi : Pemuda Bersatu mahu sekolah vernakular dimansuh secara berperingkat

 

Sumber :

COMMENTS