Sekolah vernakular : Dong Zong licik atau parti melayu Islam pakai gigi palsu?

Sekolah vernakular : Dong Zong licik atau parti melayu Islam pakai gigi palsu?

Dong Zhong licik, atau parti Melayu/Islam yang pakai gigi palsu? Sudahlah tidak mansuhkan sekolah vernakular, siap nak bina sekolah tambahan lagi untuk mengembangbiakkan pendidikan vernakular. “Terlepas mulut DAP, masuk mulut MCA pula kah? 🙈”

Saya boleh bersetuju untuk tidak mansuhkan sekolah vernakular, kerana ia akan timbul implikasi lain yang tidak harmoni. Tetapi sampai nak tambah banyak lagi, ia sebenarnya tak wajar, kerana umum mengetahui perpaduan tidak akan berjaya dipupuk di sekolah vernakular walaupun 100 subjek perpaduan diajar.

Perpaduan boleh dipupuk dengan cara yang lebih realistik dengan mewujudkan sekolah perpaduan, atau memperkasa sekolah kebangsaan sedia ada. Semua kanak-kanak dari pelbagai kaum boleh berinteraksi antara satu sama lain bagi mengurangkan salahfaham komunikasi apabila dewasa kelak.

Apabila kanak-kanak memahami budaya rakan-rakan mereka yang berbilang kaum, secara tidak langsung akan ada timbul respect each other apabila dewasa kelak sebelum fikiran mereka dicemari oleh ideologi politik yang pelik-pelik. Memahami budaya kaum-kaum lain, tidak cukup dengan mempelajari daripada teks-teks buku. Ia mesti ada praktikal, dan praktikalnya hampir tiada dalam sekolah vernakular.

Sepatutnya, jika tidak mahu mansuhkan sekolah vernakular, mesti perkasakan syarat-syarat untuk sekolah vernakular diteruskan. Contohnya, Dong Zhong hendaklah bersetuju 10 muka surat tulisan Jawi diajar dalam sekolah vernakular. Contoh. Nak tambah lagi sekolah? Boleh… syaratnya mesti mau kasi jawatan guru besar atau penolong kanan turut diisi oleh kaum lain juga. Contoh.

Dan sebetulnya, mana suara yang melawan Dong Zhong ketika PH memerintah dahulu? We need you. Takut dekat MCA kah, atau takut dengan menteri perpaduan yang bernada cengei tu? Jika benar sekolah vernakular itu boleh memangkin dan memantapkan perpaduan negara, kenapa hanya tambah 10 buah sahaja? Kasi tambahlah 100 buah. Tak pun convert semua sekolah kebangsaan ikut silibus vernakular.

Ke guane?

Sekian

Sumber :

COMMENTS