“Sekiranya ada yang tak bayar, tiada makanan untuk murid”, cikgu minta RM20 seorang untuk jamuan sekali ini yang jadi. Seorang wanita yang mesra disapa Emma .
Berkongsi satu kejadian yang mana seorang guru meminta setiap muridnya membayar RM20 bagi membeli set makanan segera sempena jamuan akhir kelas di sekolah.
Namun, apa yang menyedihkan apabila guru tersebut memberitahu sekiranya ada antara mereka gagal membayar, tiada makanan disediakan untuk murid berkenaan.
“Minggu ini padat betul, anak-anak ada jamuan sekolah hari ini dan esok, aku macam biasa la gigih beli jajan buat ‘goodies’ dan tempah beberapa makanan lain untuk jamuan kelas mereka.
“Apabila cikgu keluar senarai makanan, bukan main tahun ini nak beli KFC, McD dan minta budak (murid kelas) bawa RM20 seorang untuk beli.
“Tapi apa yang aku sedih dan tersedar, apabila cikgu cakap murid yang tak bayar tak dapat McD, Ya Allah, ada ibu bapa yang sememangnya tak mampu,” luahnya menerusi hantaran di InstaStory baru-baru ini.
Tambahnya lagi, ada segelintir ibu bapa yang sengaja memohon pengecualian buat anak mereka dari hadir ke sekolah disebabkan tidak mampu menyumbang apa-apa makanan buat jamuan kelas.
“Jangan la cutikan anak, untuk jamuan kelas itu nanti akan ada banyak makanan, percayalah. Sampai tak habis pun nanti, anak-anak boleh datang sekolah dan makan walaupun awak (ibu bapa) tak menyumbang apa-apa.
“Biarkan anak-anak seronok makan dengan kawan-kawan, itulah tujuan jamuan untuk kongsi rezeki, ibu bapa yang mampu mereka akan kongsikan rezeki untuk semua dapat merasa,” ujarnya.
BACA:
Satu Malaysia kena prank dengan Hafidz Rosdhi, isu curang hanya marketing
“Kemain melaram pakai bulu mata, warna kuku tapi mengemis minta sedekah”