Sekali TMJ tanya, “kroni takkan lepas tangan?”

Sekali TMJ tanya, “kroni takkan lepas tangan?”

Sekali TMJ tanya, “kroni takkan lepas tangan?”. Kekalahan demi kekalahan yang menimpa pasukan Selangor FC dalam saingan Liga Super musim ini jelas sekali mengundang kemarahan penyokong setia pasukan yang digelar Red Giants itu.

Pada aksi Liga Super semalam, Selangor telah tewas 0-1 kepada Petaling Jaya City (PJ City) di laman sendiri. Kekalahan kepada PJ City itu merupakan kekalahan ke-4 berturut-turut Selangor dalam saingan liga.

Rentetan kepada kekalahan berterusan itu, pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim atau TMJ ada memberikan pendapat mengenai situasi yang melanda kem Selangor. TMJ merasakan pihak atasan pengurusan yang terdiri daripada beberapa individu itu mengambil pendekatan untuk lepas tangan.

Sekali TMJ tanya, "kroni takkan lepas tangan?"

“Yang melantik CEO, beli pemain, beri jawatan kepada kroni. Kroni takkan “lepas tangan”? Izhar, Farouk, Simon, Johan. Tunjuk sikap tanggungjawab. Jumpa dengan penyokong Selangor,” luah TMJ di instagram miliknya.

Instagram story dari TMJ yang ditujukan khas kepada pengurusan Selangor FC.

Sudah tentu para penyokong Selangor mahukan penjelasan yang lebih mendalam mengenai apa yang terjadi dalam kem Selangor musim ini. Adalah lebih baik untuk mendengarnya sendiri daripada pihak pengurusan Selangor.

BACA:

Cctv kesan dua RXZ yang dicuri semasa event di T’ganu

Vida ajak Iqbal main gym pukul 3 pagi, sekali ini yang jadi

CATEGORIES