Sekali Johor pun ‘follow’ Selangor dan Terengganu, individu beri syarahan agama kena ada tauliah

Oleh INFORAKYAT

Sekali Johor pun ‘follow’ Selangor dan Terengganu, individu beri syarahan agama kena ada tauliah. Kerajaan negeri hari ini mengingatkan individu yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam perlu memiliki tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid,

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Jamaluddin A Hamid serta Mufti Negeri Johor

Sekali Johor pun 'follow' Selangor dan Terengganu, individu beri syarahan agama kena ada tauliah

Datuk Yahya Ahmad dalam kenyataan bersama berkata, tauliah antara kaedah bagi mengawal doktrin dan fahaman yang menyeleweng daripada hukum syarak.

Menurut kenyataan itu, tauliah berkenaan meliputi masjid dan surau serta di mana-mana tempat dalam Johor, selaras dengan Seksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

“Mana-mana orang yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri ini tanpa tauliah adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan berdasarkan Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 dan Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” menurut kenyataan berkenaan yang dimuat naik menerusi Facebook Sultan Johor hari ini.

Selain itu, kenyataan itu menjelaskan penganjur yang menggunakan penceramah tanpa tauliah daripada MAINJ juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Justeru, masyarakat Islam di negeri ini diingatkan agar mematuhi undang-undang yang telah dikanunkan demi memastikan syiar Islam yang benar ditegakkan dan dilaksanakan di Johor.

BACA:

Ini senarai bahan pelik digunakan masa nak buat KLCC, kalau korang tahu mesti taubat tak nak naik

“Aku bukan nak pinjam duit aku cuma nak pinjam motor je tapi jawapan ayah benar-benar menghina aku”