Assalammualaikum wbt buat semua pembaca. Saya seorang suami dan bapa kepada 2 org anak.
Alhamdulillah saya tak pernah culas bab tanggungjawab pada keluarga kecil saya. Mana yang mampu saya akan cuba berikan.
Ditakdirkan Allah SWT rezeki saya hanya lah sederhana buat masa sekarang.
Tak mampu lagi nak belikan barang kemas untuk isteri walaupun saya tahu dia nak sangat. Sekadar beri bunga time birthday dan dinner yg sedikit romantik time anniversary boleh la.
Saya tak kisah membantu tugas isteri seperti jaga anak dan uruskan rumah sebab saya tahu saya ada satu kekurangan yang tak boleh saya betulkan. Kekurangan itu ialah saya bukan seorang yang sangat romantik.
Saya tak pandai nak ungkapkan kata2 cinta dan sentuhan2 manja dengan isteri seperi kusyairi ( 7 hari mencintaiku). Saya tak pandai nak berkucup di depan tv dan berpelukan ketika di luar bilik.
Saya tidak dibesarkan dalam keadaan yang manja2 macam tu sebab ibu saya ialah single mother dari kami kecil. Walaubagaimana pun saya cuba beri layanan sebaik yang mungkin yang mampu saya buat.
Personality saya bukanlah seorang yang terlalu tegas dan berdisiplin. Setakat bergurau senda tu adalah sikit sebanyak. Di atas kelemahan saya itu isteri dan saya kerap bertengkar dan pernah byk kali smpai hendak bercerai.
Bila berbaik dia akan cakap dia cuba untuk terima kekurangan saya tetapi di kemudian hari pasti akan bergaduh di sebabkan isu yang sama. Seolah2 dia terlalu mahukan suami yg romantik dan manja. Sejujurnya saya tidak tahu sampai bila hubungan ini akan bertahan.
Saya sayangkan isteri dan anak2 tapi saya tak nak dia tak happy hidup dgn saya. Saya tak boleh jadi terlalu romantik, saya dah cuba byk kali tapi failed.
Selepas ini saya redha kalau berlaku penceraian tetapi anak2 tetap akan saya jaga dan sayang. Mohon pandangan pembaca yang berhati murni sekalian.
BACA: Rupanya ini punca MBSA kalah saman RM50,000 dengan tempat pusat ‘urut kaki’