Balang gula penuh, tetapi kerana penutup tidak ketat, habis dimasuki semut.
Ada juga gula yang masih dalam pek belum dibuka, tetapi sudah dimasuki semut.
Takkan nak buang begitu sahaja, kan? Jadi, boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Ameera ini
untuk mengeluarkan semut dari balang gula. Caranya sangat mudah, hanya menggunakan kulit kayu manis.
Ambil balang gula yang sudah penuh dengan semut dan letakkan beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.
Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semut boleh keluar.
Selepas satu jam, semut dalam balang akan keluar. Jika masih ada semut, biarkan kulit kayu manis di dalamnya sehingga semua semut keluar.
Sebaiknya, periksa jika ada semut mati yang tertinggal dalam bekas gula dan keluarkan sebelum menutupnya dengan ketat.
Ini hasilnya selepas satu jam.
Hukum Makan Semut
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semut adalah haram dimakan kerana ia dikira sebagai bangkai; matinya tidak disembelih. Oleh itu, jika semut masuk ke dalam gula, kita perlu mengeluarkannya, sama ada ia masih hidup atau sudah mati.
Kita juga dilarang membunuh semut. Hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابِّ: النَّمْلَةِ، وَالنَّحْلَةِ، وَالْهُدْهُدِ، وَالصُّرَدِ
Maksudnya: “Rasulullah ﷺ melarang daripada membunuh empat binatang melata: semut, lebah, burung hud-hud dan al-surad (sejenis burung lang).”