Sejam gaji RM150, lelaki ini dedah cara penjual keropok keping dari negera gajah putih buat duit

Oleh DAHLIA MARZUKI

Setiap kali memasuki pintu bank, pasti anda pernah melihat ada peniaga ataupun pengemis

Duduk bergelimpangan di kaki lima mengharapkan ihsan orang di situ.

Sekali lihat, memang terdetik rasa kasihan melihat nasib mereka Namun siapa sangka, tidak semua yang dilihat dengan mata kasar memaparkan realiti sebenar.

Sejam gaji RM150, lelaki ini dedah cara penjual keropok keping dari negera gajah putih buat duit

Tak nak terlepas cerita lagi? Join kami di Whatsapp Channel Sekarang!

Produk jualan tak susun elok-elok pun, macam taknak jual

Pendedahan daripada seorang lelaki bernama Moreeza Mohamad ini mungkin dapat membuka mata masyarakat di luar sana.

Sebagai penjual nenas tempatan, pada waktu malam dia akan membuka perniagaan kecilnya itu di kaki lima sebuah bank ternama.

Dalam masa sama, muncul juga sepasang warga emas dipercayai warga Thailand akan datang menjual kerepek ataupun minyak-minyak angin di situ.

Namun liciknya, produk berkenaan hanyalah ibarat prop untuk mereka menyembunyikan agenda sebenar dalam meraih pendapatan mudah.

Pelanggan bagi duit tapi tak ambil pun barang mereka…Duit masuk barang tak keluar, WOW!

Melihat situasi itu, Moreeza mula membuat analisis dan perbandingan dengan prosesnya mempersiapkan jualan.

Daripada pencarian kawasan parkir, menurunkan barang seberat 100kg sampailah penyediaan tempat berniaga, Moreeza mengambil masa yang cukup lama.

Namun akhirnya, usaha kerasnya itu seakan ‘kalah’ dengan sentimen simpati kepada 2 warga emas tadi.

Hanya bersandarkan kepada rasa kasihan, lebih ramai yang memberi duit tanpa mengambil barang manakala peniaga yang berbisnes dengan penuh ikhlas malah tidak dipandang langsung.

Mereka menuju ke kereta itu & membawa hasil yang lumayan…Esok ke mari lagi dari siang sampai malam

Daripada pemerhatian Moreeza, dia menganggarkan pasangan tua yang bersila di luar bank itu dapat meraih RM150 dalam masa 1 jam.

Menjelang jam 12 malam iaitu waktu ATM ditutup, sebuah kereta akan muncul dan mereka akan menuju ke sana untuk menyerahkan segala ‘wang jualan’ yang bermodalkan simpati pengunjung bank.

BACA: “2 tahun kahwin, aku mual dan pening-pening, mak mertua paksa aku jumpa bomoh, aku tak sangka bomoh tu percaya pecahkan rahsia aku dan suami”