“Sejak kecil mak tak habis suka maki aku ,sedangkan dia layan dua abang aku lain pula”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Ibu bapa jangan terlalu memilih kasih, dihujung usia belum tahu lagi siapa yang sanggup menjaga diri dalam keadaan diri serba kekurangan.

Ini tidak anak itu dilayan mengikut peringkat malah sanggup meluahkan rasa marah terhadap seorang anak sahaja.

Seorang lelaki mengakui dirinya sudah lama tidak berhubung dengan ibu selepas melihat layanan kejam terhadapnya dan isteri.

an mak aku sejak dari kecil hingga dewasa. Aku ada tiga orang adik beradik (termasuk aku) dan semua lelaki.

Aku pula anak bongsu, terus terang mak aku ni memang dari aku kecil tak pernah langsung puji aku atau cakap benda baik.

“Sejak kecil mak tak habis suka maki aku ,sedangkan dia layan dua abang aku lain pula"

Dari dulu aku asyik kena tengking, marah, maki. Selalunya aku telankan sahaja. Tapi dua lagi abang aku elok je layanan dia.

Bayangkan aku SPM dapat 6A, mak aku punya reaksi macam tu. Tapi abang aku yang satu A pun tak ada mak aku senyum puji.

Aku pun telan, aku sendiri dah terima mungkin anak pungut atau mungkin dia salahkan aku sebab lepas setahun aku lahir ayah aku meninggaI dunia.

Masa dekat rumah jangan cakap setiap hari memang aku yang kena bebel, kena buat itu dan buat ini.

Pernah sekali aku kena dengan seterika panas sebab ketawa baca majaIah ujang. Aku cuma ketawa dan mak aku lempar sterika yang dia tengah guna gosok baju.

Waktu belajar, duit PTPTN yang aku dapat mak minta separuh untuk dia. Aku pun bagiIah kan, tak akan nak meIawan.

Habis belajar terus kerja dan waktu tu agak bersyukur gaji lepas tolak apa semua aku dapat bersih RM2,100.

Setiap bulan seribu aku bagi dekat mak, yang lain aku simpan. Gaji pertama aku bagi mak seribu. Aku cakap elok, “mak ni gaji pertama seribu untuk mak simpan”.

Tapi mak aku dengan nada sinis, “seribu je?” Aku pun waktu terus terang memang terkilan. Nak nangis je rasa tapi aku tahan. Ye orang lelaki pun ada perasaan ye.

Kalau depan kawan atau saudara mara jangan cakap memang aku asyik kena pandang remeh la dengan mak.

Badan aku ni agak besar memang aku ada diet, pergi gym tapi tak ada lah kurus terus fit mesti ambil masa berbulan.

Hari tu raya dengan selamba mak aku cakap sambil tunjuk dekat muka aku, “ha ni tengok badan anak aku gemuk makan khinzir ke apa.” sambil ketawa. Aku pun tahan.

Sebab nak tak nak mak aku juga. Abang aku dua orang sebulan setakat bagi RM200, RM300 ringgit mak aku puji depan kawan dengan saudara mara.

Aku bagi seribu dia sinis cakap, “belajar tinggi dapat bagi seribu je?” Aku siap beli mak aku barang kemas nak bagi dia gembira.

Tapi tidak kena perli juga, emas tu dia gadai bagi dekat abang aku lepastu bunga aku yang kena bayar.

Hina orang luar

Jadi satu hari ni aku bawa seorang kenalan dan kami sebenarnya serius nak berkahwin nama dia Amira. Amira ni umur 15 tahun terlibat dalam kemaIangan.

Jadi kaki sebeIah dia tak dapat fungsi macam asal. Jadi ramai yang ejek dia capik. Tapi aku kenal dah setahun. Jadi raya tahun tersebut Amira nak melawat jumpa mak aku.

Aku sebenarnya dah bagitahu Amira tentang mak aku perangai dia macam mana. Aku pun sebelum tu terangkan dekat mak aku elok elok. Tolong jangan kutuk atau hina Amira.

Bagi aku dia dah cukup terseksa kena cemuh dan ejek. Aku pun bawa Amira, sampai je Amira nak salam tangan mak aku.

Dia pandang aku sambil cakap, “ini budak tempang tu?” Aku dengar waktu tu terus terang pertama kali dalam hidup yang aku rasa nak tumbuk muka mak aku.

Amira cuma sengih dan cakap selamat hari raya dekat mak aku. Dalam kereta tu aku hantar Amira balik, aku minta maaf dekat dia sambil menangis.

Balik rumah aku buat surat nak letak jawatan. Jadi lepas dua bulan, aku kemas baju barang dan nak pindah.

Selama ni aku bersabar sebab pada aku, mak dah tua tak ada orang nak jaga. Tapi tidak aku sebenarnya memang dah tawar hati dengan mak aku.

Sebelum keluar rumah aku cakap dengan mak selama ni aku cuba jadi anak yang baik tak nak meIawan cakap mak dan dengan cakap mak sebab selama ni aku pegang kata-kata yang ibu ni syurga kita.

Tapi haritu aku cakap kalau aku anak derhaka pun aku terima. Sebab aku dah pasrah. Aku tinggalkan mak aku duit dalam RM5k.

Dan sejak haritu aku pindah negeri lain, bekerja dan berkahwin dengan Amira. Tanpa mak aku tahu dan tak rasa nak bagitahu pun. Tahun ni maknanya dah 6 tahun aku tak hubungi mak aku. Anak pun dah dua orang.

Raya baru-baru ni, isteri ada cakap dengan aku ajak cuba balik jenguk mak aku. Tapi aku tak nak, aku takut kalau nanti bila balik sana mak aku hina isteri anak-anak aku.

Sampai sekarang pun aku tak rasa nak balik, mungkin ada yang cakap air dicincang tak akan putus dan syurga bawah telapak kaki ibu.

Tapi hakikatnya syurga tersebut mak aku guna untuk pijak-pijak aku.

Baca juga: ‘Sebiji ayahanda dia, dia tahu siap je’ Tunku Azizah sebut tentang calon isteri Tengku Hassanal