Sedih dengar cerita makcik guna cebisan kotak sebagai kipas, Mujahid terus pergi pekan belikan kipas elektrik

Sedih dengar cerita makcik guna cebisan kotak sebagai kipas, Mujahid terus pergi pekan belikan kipas elektrik

” Masa nak tidur makcik guna kotak buat kipas Yb.. ”

Semasa saya menziarahi sebuah rumah untuk menyampaikan sumbangan di Kg Tok Adam, Kuala Kurau, pagi tadi.

Saya rasa simpati kepada ibu tunggal yang tinggal di rumah berkenaan di mana keadaannya tidak selesa.

Sedih mendengar cerita beliau menggunakan cebisan kotak sebagai kipas. Selepas sahaja menyampaikan sumbangan tersebut, saya telah ke Pekan Kuala Kurau membeli kipas untuk digunakan dalam rumah berkenaan.

Saya berharap sumbangan kipas ini memberi sedikit keselesaan kerana rumah ibu tunggal ini berbumbungkan zink yang berbahang bila keadaan cuaca panas.

19 Januari 2021 / Selasa
Kampung Tok Adam, Kuala Kurau

COMMENTS