Sedih dapat tahu kisah sedih pakcik ni, dah berbulan tidur di tangga KLCC. Kisah seorang lelaki warga emas yang terpaksa tidur di tangga di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) undang sebak orang ramai.
Dah beberapa bulan tidur di tangga
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aisyah di TikTok, mendedahkan bahawa warga emas berkenaan sudah beberapa bulan tidur di tangga sekitar KLCC kerana tidak mempunyai rumah serta tiada orang untuk bergantung harap.
Terjumpa seorang pakcik pagi tadi masa datang KLCC, kami dalam perjalanan pulang terjumpa semula pakcik ini dekat tangga. Lepas tanya keadaan dia, ya Allah sedihnya.
Difahamkan, isteri dan anak-anaknya dikatakan sudah meninggal dunia. Lelaki berkenaan turut berharap agar dirinya mendapat tempat tinggal yang lebih selesa dan tidak kisah sama ada ditempatkan di rumah orang-orang tua mahupun rumah kebajikan.
Mohon bantuan untuk pakcik ni. Tiada tempat tinggal. Isteri dan anak-anak sudah meninggal dunia. Dia berharap sangat ada tempat tinggal yang lebih selesa. Dah banyak bulan tidur di tangga je area KLCC.
Dapat tinggal di rumah orang tua atau rumah kebajikan pun dia bersyukur. Moga Allah permudahkan urusan pakcik ni.
Video penuh
@aishahramly96 semoga Allah mempermudahkn segala urusan pakcik,sdah berape bulan tidur ditangga jer..sebak rasa aty,terus teringat org tua dikampung…ada yg lebih susah…#fyp#ebitlew#mohonbantuan#klcclrtstation#jkm#NGO#sedih#bersamamu#agensibantuan#fypbantuan#viral@ustazebitlew ♬ original sound – JESBON76
‘Air mata auto mencurah keluar’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluah rasa simpati terhadap warga emas berkenaan. Malah, ada juga di antara mereka yang turut menawarkan tempat tinggal yang lebih selesa untuk lelaki itu.
BACA:
Pernah tular sanding atas katil, akhirnya suami pergi juga selepas sebulan nikah
Ahli Parlimen bertumbuk masa tengah bahas usul dalam dewan, sampai kena masuk ICU
Ini respon mengejut Annuar Musa selepas didakwa dipecat dari Umno