“Sedangkan kita tak sedar, yang ada insan lagi memerlukan tengah menunggu doanya dimakbulkan”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

“Sedangkan kita tak sedar, yang ada insan lagi memerlukan tengah menunggu doanya dimakbulkan”

Bukan semua ‘lahir terus kaya’. Bukan semua dalam keluarga yang senang, kaya raya dan tidak perlu beli sendiri sesuatu barang.

Ada juga yang minta apa sahaja diberikan oleh ibu bapa.

"Sedangkan kita tak sedar, yang ada insan lagi memerlukan tengah menunggu doanya dimakbulkan"

Masih ramai yang hidup dalam kesusahan sehingga barang yang rosak dan perlu diganti tetapi masih diguna pakai.

Kasut4

Seperti kisah yang dikongsi oleh Wan Haswari Wan Ahmad di laman Facebook beliau. Kisah pelajar sekolah ini menyentuh hari ramai orang.

Lihat apa yang sebenarnya menimbulkan rasa simpati pengguna Facebook:

Kasut3

Kasut

“Kita tidak sedar ada insan yang lagi memerlukan tengah menunggu doanya dimakbulkan…”

Keadaan kasut itu jelas menunjukkan betapa daif hidup anak ini dan keluarganya. Bersyukurlah selalu, tidak semua orang mampu nikmati hidup seperti anda sekarang. Seperti anak ini, tiada siapa mengerti kesusahan yang dihadapinya.

Perkongsian dari Wan yang mendapat lebih 10 ribu share ini mendapat perhatian dan kebanyakannya menunjukkan rasa simpati buat adik ini. Bagaimanapun, seorang pengguna telah memberikan penjelasan lanjut tentang adik ini:

Alhamdulillah, bantuan telah pun diberikan kepada adik ini. Semoga bantuan diterima itu dapat meringankan bebannya sekeluarga. Semoga adik ini terus cemerlang di masa akan datang 🙂

Kadang kala, kisah begini dikongsi bukan untuk meraih simpati semata-mata tetapi juga untuk kita yang hidup lebih senang darinya untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki.

BACA: Tak jadi kahwin? Tunang lari dengan lelaki lain? Peguam ini kongsi cara saman bekas tunang sebab batal perkahwinan