‘Sebiji ayahanda dia, dia tahu siap je’ Tunku Azizah sebut tentang calon isteri Tengku Hassanal

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Dalam sebuah wawancara tertutup, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj,

BAginda telah berkongsi pandangan mengenai anakanda sulung mereka, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Melalui video yang dimuat naik di laman TikTok @this7.fans, baginda mendedahkan sisi peribadi Tunku Hassanal yang mengingatkannya kepada suaminya, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tunku Azizah bertitah, “Pemangku Raja, Tengku Hassanal sebiji ayahanda dia.

Dia tahu siap jer, kasut dia semua kena siap.” Ucapan ini bukan sahaja menggambarkan disiplin dan tanggungjawab Tunku Hassanal, tetapi juga menunjukkan betapa dekatnya hubungan mereka sebagai keluarga.

'Sebiji ayahanda dia, dia tahu siap je' Tunku Azizah sebut tentang calon isteri Tengku Hassanal

Baginda juga tidak dapat menahan diri daripada berjenaka mengenai usaha mencari jodoh untuk Tunku Hassanal. Beliau berkata, “Saya kata kat dia, susah Tengku Hassanal cari isteri ni, nak Mama cari dekat mana? Betul tak?”

Melalui perkongsian ini, Tunku Azizah bukan sahaja menonjolkan keperibadian anakanda sulungnya, tetapi juga menciptakan suasana mesra yang menghubungkan rakyat dengan keluarga diraja. Kehangatan dalam ucapan beliau mencerminkan betapa pentingnya ikatan keluarga dalam institusi diraja, serta peranan unik yang dimainkan oleh setiap ahli keluarga dalam meneruskan legasi dan tradisi yang diwarisi.

Sebelum ini, Tengku Hassanal meminta rakyat menghormati keputusan peribadi dan privasi berhubung perkahwinan baginda.

Dalam hantaran di Instagram Story, Tengku Mahkota Pahang itu juga memaklumkan bahawa tiada majlis perkahwinan, sekaligus menafikan khabar angin tentang baginda yang akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Takde (tak ada) kahwin…. jangan kacau saya,” tulis Putera Raja berusia 29 tahun itu.

BNACA: Terpaksa ulang-alik Sarawak Kelantan 2 minggu sekali, nasib Cikgu Din raih perhatian KPM