Sebenarnya semua resipi yang Khairul Aming masak itu khas untuk kekasih dia

Oleh INFORAKYAT

Sebenarnya semua resipi yang Khairul Aming masak itu khas untuk kekasih dia.

Tindakan selebriti masakan popular, Khairul Aming yang kelihatan berbual mesra dengan seorang gadis dipercayai di sebuah kafe minuman di Kota Bharu, Kelantan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rakaman video memaparkan kedua-duanya dalam persalinan baju raya itu dimuat naik sendiri oleh gadis tersebut, Amira dengan menggunakan akaun @63emiz menerusi aplikasi TikTok semalam.

Sebenarnya semua resipi yang Khairul Aming masak itu khas untuk kekasih dia

“Episode 23 : abe @Khairulaming,” tulis gadis terbabit ringkas dalam ruangan kapsyen.

Menerusi rakaman berdurasi 13 saat berkenaan, Amira meletakkan telefon bimbit miliknya berdekatan telinga selebriti berusia 30 tahun itu seolah-olah meminta untuk mendengarkan sesuatu audio.

@63emiz Episode 23 : abe @Khairulaming ♬ Kecundang by Masdo – Sofea Yaya

Khairul Aming kemudian dilihat menggeleng-gelengkan kepala sebelum masing-masing meneruskan perbuslan seperti sudah lama saling mengenali antara satu sama lain.

Sementara itu, gadis terbabit turut memuat naik dua keping gambar dengan kapsyen berbaur gurauan kononnya mahu ‘memilih’ sama ada minuman kegemaran di kafe tersebut atau Khairul Aming untuk menjadi pilihan hati.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terutama golongan gadis meluahkan rasa kecewa atau ‘broken’ elain membuat spekulasi sendiri bahawa Khairul Aming akhirnya mempunyai kekasih hati.

Malah, tidak kurang ada juga segelintir individu berseloroh kononnya tidak mahu lagi menonton video resipi dihasilkan oleh selebriti berkenaan.

BACA:

Kenapa sungai Tigris dan Furat semakin kering? Sekali muncul pula bandar purba, ini punca sebenar

“Adik ipar baru je kahwin, dia minta tinggal sekali, lepas sebulan terus dia ‘blah’ tapi apa dia buat mengejutkan aku!”