Sebenarnya ada berapa piramid di Mesir? Jumlahnya buatkan ramai terkejut!
Umum mengetahui, piramid merupakan binaan gergasi gah yang dibina ketika zaman Mesir Purba.
Struktur unik ini berfungsi sebagai makam buat para Firaun.
Antara piramid ikonik adalah tiga buah piramid di Giza.
Namun selain tiga buah piramid di Giza, sebenarnya terdapat lebih kira kira 100 buah piramid bertebaran di seluruh Mesir !
Secara tepatnya, Mesir purba ada 118 buah piramid. Kira-kira 80 buah kini berada di Sudan.
Kebanyakan piramid ini dibina sewaktu era Kerajaan Lama (2686-2181 SM).
Ketika ini, reka bentuk piramid tengah ‘trending’ dikalangan Firaun untuk dijadikan sebagai makam mereka.
Selain piramid di Giza, tapak piramid yang terkenal juga ada di Dahshur, Saqqara, dan Meidum.
Kawasan ini menampilkan piramid yang dibina oleh para Firaun yang berbeza dengan mempamerkan pelbagai gaya dan teknik seni bina.
Penting untuk kita tahu yang tak semua piramid dibina untuk Firaun sahaja.
Ada juga piramid kecil yang dibina untuk ratu, pegawai kerajaan dan golongan bangsawan lain.
Walaupun kecil, namun piramid ini kekal sebagai bukti keunikan sejarah yang ada pada tamadun Mesir purba.
Namun begitu, tradisi pembinaan piramid mula kurang mendapat sambutan.
Para Firaun selepas zaman Kerajaan Lama lebih suka untuk bina makam secara tertutup di Lembah Para Raja di Luxor, oleh kerana ancaman perompak makam yang kian meningkat.
Pada akhirnya, walau berapa pun jumlah piramid yang ada.
Piramid-piramid ini kekal menjadi bukti pencapaian luar biasa tamadun Mesir purba, selain menjadi ikon keagungan peradaban manusiawi.
BACA:
‘Rezeki tak pernah salah alamat, ada RM1 pun rezeki’, Lelaki ini jual RM1 pada harga RM1000