Sebelum terkenal, Anna Jobling adalah atlet renang wakili Selangor ramai tak tahu

Oleh DAHLIA MARZUKI

“Saya memang seorang atlet renang. Dulu, ketika berusia 17 tahun, saya mewakili Selangor sebelum aktif dalam industri seni.

Anna, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin, 24, berkata walaupun sudah lama tidak berenang,

dia akan memanfaatkan pengalamannya sebagai bekas atlet renang yang mewakili Selangor untuk menjayakan watak tersebut.

“Bila saya mula menceburi industri seni, saya sudah tiada masa untuk berenang. Namun, kemahiran itu masih ada!

“Jadi, tiada masalah untuk berlakon dalam air, tambahan pula saya juga boleh menyelam,” lapor Mstar.

Sebelum terkenal, Anna Jobling adalah atlet renang wakili Selangor ramai tak tahu

Anna berkongsi maklumat tersebut semasa sidang media filem Duyung Lagenda Aurora di Wetlands Studios Putrajaya pada hari Selasa.

Sementara itu, Anna bercita-cita untuk mengubah warna kulitnya menjadi sawo matang atau tanned semasa penggambaran di Pulau Payar, Langkawi, yang dijadualkan berlangsung selama dua minggu.

Pelakon drama Syurga Itu Bukan Mudah itu berkata dia tidak keberatan untuk berjemur di bawah panas matahari kerana berlakon adalah minatnya.

“Saya sebenarnya ingin kulit yang tanned, jadi saya tidak sabar untuk memulakan penggambaran.

“Namun, kulit saya ini susah nak jadi tanned sebab ia akan merah dahulu seperti sunburn.

“Yang pasti, saya tidak kisah untuk berjemur di tengah panas semasa penggambaran Duyung nanti,” jelasnya.

BACA: ‘Sebulan kahwin, suami tak pernah tidur sekali, saya rasa saya taklah hodoh mana sehinggalah satu hari, suami saya hilang!’