Setiap ibu bapa di dunia ini hanya menginginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Kebahagiaan, keselamatan, dan masa depan anak-anak adalah keutamaan dalam kehidupan mereka.
Sama seperti anak-anak yang hilang arah tanpa bimbingan, orang tua juga tidak mampu menahan kesakitan akibat kehilangan seorang anak.
Ada yang mengatakan bahawa cara mendidik anak berbeza-beza; ada yang memilih pendekatan lembut, manakala ada juga yang lebih tegas.
Sebagai ibu bapa, setiap kita pasti mempunyai pendekatan tersendiri dalam mendidik anak yang kita kasihi.
Bagi sesetengah orang, cara mendidik itu mungkin dianggap ‘kasar’ atau keterlaluan, tetapi sebagai ibu bapa, kita yang paling memahami anak-anak kita.
@kajolmarey01 Aku dah hilang sabar #vidioviral #budakmotor #matrempit #tiktokviral #fyp #rxzmalaysia #ex5 #ex5malaysia #bakarmotor #fyp ♬ original sound – kajol_marey
“Sebelum aku kehilangan kau, lebih baik aku bakar motosikal ini. Tak ada motosikal lebih baik daripada ada motosikal jadi ‘hantu’. Daripada kau mati di jalan raya, lebih baik aku bakar motosikal ini,” katanya.
Tindakan itu diambil selepas anak lelakinya tidak mendengar nasihat dan sering keluar pada waktu malam. Bapa tersebut risau akan keselamatan anaknya, terutama dalam dunia yang tidak menentu ini.
Video yang tular itu meraih lebih dua juta tontonan, dengan ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi daripada netizen.
“Dalam dunia berkeluarga, dua dugaan paling berat adalah anak-anak dan pasangan. Mungkin ini cara terbaik selepas semua usaha lain tidak berhasil. Semoga dipermudahkan segalanya.”
“Teringat arwah abah. Dulu, arwah memecahkan motor aku sebab perangai aku juga lebih kurang sama.”
“Daripada meratapi kehilangan anak, lebih baik biarkan anak menangis meratap motosikalnya menjadi arang.”
“Nampak sangat ayah sayang padanya. Tindakan itu sebenarnya penuh kasih sayang.”
Dalam satu video lain, bapa tersebut menjelaskan sebab di sebalik tindakan ‘drastik’ itu. Menurutnya, ada satu tahap di mana kesabaran ibu bapa diuji. Dia menjelaskan bahawa membakar motosikal itu adalah cara terbaik baginya mendidik anak lelakinya.
“Bagi saya, itu cara saya mendidik anak. Daripada kehilangan dia sekarang, lebih baik saya korbankan motosikal itu. Motosikal itu pada mulanya diberikan untuk ke sekolah, tetapi malangnya digunakan untuk perkara yang sebaliknya.”
Apa yang lebih menyentuh hati adalah ketika bapa tersebut berkongsi ketakutannya. Dia takut menerima panggilan telefon yang memberitahu bahawa anaknya ditahan polis kerana terlibat dalam aktiviti merempit atau ‘samseng jalanan’. Dia juga takut menerima panggilan lebih tragis, iaitu berita kematian anaknya akibat kemalangan.
Sosok bapa sering digambarkan sebagai individu yang tegas, jarang meluahkan kasih sayang dengan kata-kata.
Mungkin bapa kelihatan tidak peduli atau jarang tersenyum, tetapi kasih sayang seorang bapa adalah sesuatu yang tidak ternilai.
Ia tersembunyi di balik kepenatan selepas seharian bekerja, dalam suara yang kadangkala tegas, atau dalam resah gelisahnya setiap kali anak-anak ‘hilang tanpa khabar’.
Setiap perbuatan bapa mencerminkan betapa berharga anak-anak di matanya.
BACA: Patutlah lama kena sidai, rupanya ramai tak berhenti atas petak sensor traffic light