“Sebelum kahwin lagi suami dah berani pinjam duit, menggigil aku bila tahu ape dia buat

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Masih ada segelintir masyarakat yang terlalu memaksa anak untuk berkahwin hingga sanggup menjadikan ‘anak dara tua’ sebagai isu besar.

Lagi sedih mereka ni dijodohkan dengan pilihan yang asal boleh sahaja, tanpa melihat latar belakang pasangan, konon nak gembirakan hati ibu bapa.

Seorang wanita tak menyangka paksaan ibu mentua menyebabkan dia mengalami masalah selepas bersetuju untuk mengahwini suami.

Aku Ida (bukan nama sebenar), umur hampir menjangkau 30 dan bekerja sebagai eksekutif di sebuag syarikat yang besar serta baru menamatkan zaman bujang bulan 10 yang lalu.

Suamiku pula namanya Ali (bukan nama sebenar), berusia awal 30-an, juruteknik di kilang berasal dari Jepun.

“Sebelum kahwin lagi suami dah berani pinjam duit, menggigil aku bila tahu ape dia buat
Aku pilihan ibunya

Kami berdua berkahwin bukan atas dasar cinta, tapi sebab ibunya yang berkenan dengan aku. Mula-mula aku tolak mentah-mentah.

Memang tak nak, aku nak bina kerjaya dulu, nak beli kereta, nak beli rumah, baru aku kumpul duit fikir pasal kahwin.

Tapi mak dia cakap, sampai bila? Ramai perempuan dekat luar sana umur dah 30 lebih tapi tak kahwin lagi, dah tak ada orang nak, waktu muda sibuk cari duit, bila dah tua tak laku.

Bila aku dengar statement ibu dia tu, aku terkejut, bagi aku pandangan tu agak kampung.

Tidak ada istilah terlalu tua untuk berkahwin, kalau jodohnya tak sampai lagi takkan nak main sauk je laki tengah jalan, terus kahwin.

Bersungguh dia pujuk aku untuk berkenalan dengan anak dia. Aku tolak, tapi skhirnya terima juga.

Sebab aku tak suka ibu dia minta banyak kali. Tu pun aku cakap awal-awal, kenal je ya tak lebih dari tu.

Ali ni dia dah bercinta beberapa kali sebelum ni, tapi bekas kekasih dia yang last sekali tu kantoi bawak lelaki lain masuk rumah, tu yang dia jadi trauma dengan perempuan.

Itulah apa yang aku dengar dari ibu dia. Katanya dia memang tak nak dah dengan mana-mana perempuan, dia tak nak kahwin dah.

Dalam hubungan kami, ibu dia banyak main peranan untuk satukan kami berdua. Ibu dia yang bersungguh nak pertemukan keluarga aku dengan dia.

Banyak ‘red flag’

Dari mula kenal aku, dia dah berani pinjam duit aku, sejak dari tu, setiap minggu dia minta duit aku dan tak pernah sekali pun dia bayar balik ya, sampai sekarang.

Sekali pinjam bukan RM10, 20 ya. RM300, RM500, RM700 pun pernah, ya aku tau aku bodoh, terlalu cepat percaya, terlalu cepat kesian, terlalu cepat sayang.

Red flag dia yang kedua, dia merokok. Setiap kali lepas makan mesti merokok, langsung tak hormat aku. Aku ni tak biasa bau rokok, arwah ayah aku, abang-abang aku semua tak merokok.

Tanggung segala bil seorang diri

Dari mula kahwin sampai lah sekarang aku kahwin setiap bulan aku bayar sewa rumah, kereta, bil api air, coway, barang2 dapur, belanja makan, duit rokok dia pun kadang-kadang minta dekat aku.

Duit hantaran aku habis, tak ada sesen pun yang aku simpan untuk diri aku, semuanya untuk kami berdua, barang dalam rumah, semua beli pakai duit aku, perabot semua.

Tak cukup duit hantaran, duit mas kahwin pun dia guna, gelang emas waktu akad nikah tu pun dia pajak.

Suami malas kerja

Aku yang sebelum ni hidup seorang diri boleh ada saving sampai RM4-5k, sekarang ni kosong, apa pun tak ada.

Gaji dia ada tapi tak banyak, basic RM1.8k, dia malas kerja, selalu ambil cuti sampai tak boleh ambil mc, boss dia suruh ambil unpaid leave.

Sebulan gaji dia masuk RM1.3k macam tu je. Itupun habis katanya, bayar hutang along. Lepas kahwin baru aku tau dia ada hutang along.

Duit pinjam untuk beli dadah

Macam-macam benda aku tau lepas kahwin, dia ambil dadah, ibu dia tau tapi ibu dia sorokkan daripada aku, rupanya duit yang dia pinjam sebelum kahwin tu untuk beli dadah.

Tapi kalau tengok depan-depan, tak nampak pun dia ni orang macam tu, sebab dia still nampak segak, rupa-rupanya hmmm.

Tak cukup dengan itu, rupanya dia banyak kali tidur dengan bekas kekasih, banyak gambar aku jumpa. Rasa jijik bersuamikan orang seperti dia.

Walaupun dah kahwin dia boleh offer perempuan tidur rumah kami waktu aku tak ada dekat rumah, siap tanya, kalau tak nak datang rumah, dalam kereta nak tak?

Aku tak boleh nak taip dah, tangan aku menggigil bila teringat satu persatu apa yang aku jumpa dalam telefon dia.

Baca juga: Pemuda nekad ‘modified’ 35 motor RXZ jadi pagar rumah, tapi lain pulak yang netizen komen