Ramai wanita yang kini lebih cakna dalam membuat keputusan berkaitan rumahtangga apatah lagi membabitkan anak-anak.
Malahan apabila bergelar ibu tunggal, mereka tidak mahu mencari suami baru kerana tidak mahu menambah beban.
Namun lain pula kisahnya dengan ibu tunggal ini, apabila dia nekad berkahwin dengan seorang lelaki nelayan meskipun perbelanjaan rumah serta nafkahnya tidak dipenuhi.
Pertama sekali saya harapa sangat luahan saya ni disiarkan. Admin tolong hidekan profile saya.
Assalamualaikum semua. saya ingin meluahkan dan ingin bertanyakan pendapat pada dari mereka yang lebh berpengalaman, para isteri semua.
Pada 2017 saya berkahwin untuk kali pertama dan dikurniakan seorang anak perempuan. Selepas dua tahun. 2019 saya bercerai dan menetap di Pahang di rumah bapa saya. Kemudian pada March 2022 saya berkahwin kali ke-2 dengan kenalan alam maya sampailah sekarang dan saya dah menetap di Johor.
Luahan saya ialah tentang perkahwinan kali ke-2 ni. la bukanlah pend3raan secara fizikal sepertimana perkahwinan saya yang pertama dulu tetapi perkahwinan kali ni mental saya agak terganggu dan saya str3ss. Dari segi nafkah, suami hanya sediakan tempat tinggal dan duit yang diberi RM200 hanya sekadar beli barang dapur. Duit nafkah kepada saya sendiri dan anak tu tiada.
Saya rasa ramai yang bersetuju dengan duit RM200 sebulan untuk zaman sekarang mampu bertahan paling jimat saya boleh buat 2-3 minggu. Sedangkan setiap bulan suami ada terima duit dari Felda dan duit itulah yang dia buat untuk bayar sewa rumah, api air dan belanja barang-barang dapur.
Kadang-kadang dia ada lah hulur RM50. Selebihnya tak tahu ke mana. Suami saya seorang nelayan dan pendapatan suami tak tetap. Setahun lebih hidup bersama kadang-kadang rasa tersiksa sangat. Kerana pada mulanya sebelum berkahwin dia berjanji untuk beli kereta dan sampai sekarang setahun lebih dah berlalu.
Kadang-kadang saya cemburu dan iri tengok family lain seronok keluar bawa anak keluar jalan – jalan. Yang paling meny4kitkan hati saya, dia takda perasaan kesiankan saya. Anak saya sekarang berumur 5 tahun dan sudah bersekolah (Prasekolah).
Jarak dari rumah ke sekolah dalam 2km. Sekolah di dalam kampung tempat saya tinggal ni ada tapi ditutup sementara kelas sedang di baikpulih. Jadia anak – anak dalam kampung ni terp4ksa menumpang sekolah kampung sebelah.
Pada belah pagi anak saya ke sekolah dengan menumpang anak sed4ra suami dan pada tengahari panas terik, bayangkan setiap hari saya terp4ksa berjalan kaki sejauh 500m dari rumah saya ke rumah kakak ipar saya hanya untuk pinjam motor.
Kerana rumah kami tiada kend3raan. Ya, kami tiada kereta dan tiada motor. Hanya suami je ada motor itupun motor untuk dia pergi ke laut. Untuk pengetahuan pembaca, di rumah saya juga tiada TV untuk anak menonton.
Hanya ada hp je anak boleh tengok youtube. Saya sangat kesian pada anak saya kerana dia takda langsung pendedahan dari dunia luar. Nak keluar berjalan pun tidak, tengok TV pun tidak hanya duduk di rumah, pergi balik sekolah.
Luahan ke-2 saya pula kelmarin saya ada berg4duh mulut dengan suami kerana saya meminta izin ingin pulang ke kampung untuk jenguk orang tua saya tapi dia tak izinkan. Sedangkan pada bulan 9 baru ni dia ada bagitahu dekat ayah saya, yang kami nak balik kampung.
Tapi bila sampai pada hari berkenaan, saya ada bertanya bila nak balik tapi boleh dia jawab berapa banyak kali nak balik? Ada apa nak balik? Dia kata tak ada berjanji pun nak balik. Tuhan je tahu betapa r3muknya hati saya.
Awal bulan 9 hari tu ayah saya ada mengadu yang dia demam dan kena masuk ward seminggu. Sebab tu saya nak sangat balik, saya pula anak sulung. Mesti laa nak balik jenguk orang tua s4kit. Seingat saya bau sekali kami balik kampung itupun sebab mak saya kemalangan.
Bila yang suami kata dah banyak kali balik pun saya tak tahu lah. Dah laa raya puasa pun tak balik dan dia ada janji raya haji nak balik. Akhirnya tak jadi jugak. Saya sangat terasa hati sebab dia dah berjanji dengan orang tua saya.
Saya banyak makan hati tambah lagi melibatkan hal orang tua saya. Berbalik pada kes g4duh mulut tadi, dia tak izinkan saya balik dengan bas dan dia ada cakap kalau nak balik kampung jugak, jangan balik ke rumah ni lagi.
Saya ada cakap kalau tak bagi saya balik kampung, sekurangnya belikan motor kalau tak mampu lagi beli kereta. Saya tersangatlah penat hari – hari berulang alik jalan kaki ke rumah akak ipar hanya untuk pinjam motor. Saya hanya minta motor untuk kegunaan anak sekolah.
Tapi dengan selamba dia menjawab berhentikan je anak sekolah. Jangan bersekolah dah. Saya sangat sedih apabila dia sanggup berkata begitu. Saya juga sangat terkilan dengan cara percakapan dia dengan anak saya. Agak kasar dan suka marah – marah, mungkin sebab bukan anak kandungkan.
Pada malam kelmarin bermulalah dia mengungkit segala hal dari awal perkahwinan. Hari khamis atau jumaat ni saya ingat nak balik kampung naik bas dan saya tak tahu lagi nak balik rumah semula atau tak. Saya dah tawar hati.
Saya ingin bertanya pada akak – akak semua, apa yang patut saya buat?? Perlu ke saya bertahan?? Saya tahu keluar tanpa izin tu berdosa tapi kalau saya terus ada dalam perkahwinan macam ni pun saya tetap berdosa sebab saya benci dan takde rasa hormat dah pada suami.
Baca juga: Lepas potong akaun air, kerajaan Kelantan lantik ‘ah long’ berlesen kutip hutang