Seorang wanita merasa terluka dengan sikap suaminya yang lebih memihak kepada keluarganya dalam hal-hal yang berkaitan dengan harta pusaka.
Kisahnya bermula ketika wanita yang merupakan anak yatim piatu dan anak tunggal ini telah berkahwin dan baru-baru ini kehilangan ayahnya pada bulan Disember yang lepas.
Arwah ibu bapanya meninggalkan harta pusaka berupa sebiji rumah dan sebuah kereta untuk kemudahan wanita ini.
Namun, memandangkan dirinya kini dianggap sebagai ‘sebatang kara’, keluarga suaminya cuba untuk mengambil kesempatan.
Dalam luahan yang dikongsi secara anonim di platform X, wanita ini menjelaskan bahawa keluarga mentuanya meminta agar dia menukar hak milik rumah dan kereta tersebut kepada suaminya dengan alasan suaminya adalah ketua keluarga dan orang yang mencari nafkah.
“Saya bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, jadi saya rasa saya tidak menjadi beban kepada suami saya. Saya tidak bersetuju dengan permintaan dari keluarga mentua dan suami. Sekarang suami saya sudah pindah keluar dari rumah dan tinggal bersama keluarganya.”
Akibat daripada itu, dia kini tinggal seorang diri setelah suaminya enggan untuk pulang ke rumah walaupun sudah cuba untuk berbincang dan berbaik. Fikirannya juga terganggu kerana baru sahaja seminggu dia berkahwin, ayahnya meninggal dunia.
Jelasnya, hidupnya kini begitu sunyi, hanya berpusat pada pekerjaan dan menghabiskan masa di rumah kerana rakan-rakannya sudah berjauhan dan melangkah ke arah hidup masing-masing.
“Hurm, bagi saya, untuk zaman sekarang, kita perlu menyimpan sesuatu untuk diri sendiri juga,” seperti yang diperkatakan dalam platform X ini, mungkin wanita ini telah dimanipulasi. Saya berdoa agar wanita ini tabah dan dapat mencari jalan penyelesaian yang baik.