Scalpers terpaksa lelong iphone 14 dengan harga RM653, takut rugi besar

Oleh INFORAKYAT

Scalpers terpaksa lelong iphone 14 dengan harga RM653, takut rugi besar. Scalper iPhone 14 di China didakwa sedang bergelut untuk mendapatkan semula modal pelaburan mereka apabila terpaksa menjual peranti tersebut dengan harga yang lebih rendah daripada harga jualan di kedai-kedai pengedar rasmi jenama tersebut.

Difahamkan, gambar scalper duduk di pinggir jalan bersama timbunan iPhone 14 di depan mereka telah tersebar meluas dia pelusuk China. Ini adalah hal yang tidak pernah dibayangkan akan berlaku lebih-lebih lagi kepada mereka, scalper. Namun, inilah hakikat yang perlu ‘ditelan’.

Pakar berpendapat bahawa terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi hal ini terjadi. Walaupun scalper berjaya mendapatkan stok iPhone 14 yang banyak semasa hari pelancaran, dengan harapan akan mengaut keuntungan yang lumayan, namun landskap pelancaran iPhone pada kali ini sedikit berbeza berbanding sebelumnya.

Memetik laporan Oddity Central, kejadian berkenaan berlaku selepas kumpulan berkenaan tersilap langkah dalam pengiraan mereka. Pada awalanya, mereka menjangkakan Apple mungkin tidak dapat mengadakan majlis pelancaran yang teratur di seluruh dunia dan dapat menyediakan bekalan yang cukup untuk memenuhi permintaan pelanggang.

Namun, apa yang berlaku adalah sebalikya, Apple berjaya mengeluarkan stok Iphone 14 yang dapat memenuhi permintaan luar biasa selain berjaya mengadakan majlis pelancaran yang sangat tersusun untuk produknya.

Scalpers terpaksa lelong iphone 14 dengan harga RM653, takut rugi besar

Selain itu, permintaan iPhone di China juga dikatakan berada di bawah permintaan purata susulan orang awam lebih berhati-hati dalam berbelanja ekoran bimbang dengan amaran kemelesatan ekonomi yang berisiko melanda dunia pada 2023.

Scalper Iphone 14

Apple juga terpaksa bersaing dengan pengeluar-pengeluar telefon pintar terkenal dunia yang lain, khususnya jenama yang berasal dari negara itu sendiri, sekaligus menjadikan pasaran telefon pintar tempatan semakin kompetitif.

Disebabkan itu, daripada menjual iPhone 14 dengan keuntungan sekurang-kurangnya RM 3000 ke RM 4000 setiap unit, kini scalper terpaksa menjualnya pada harga lebih rendah daripada harga rasmi, iaitu sekitar RM 653 lebih murah daripada harga rasmi.

BACA:

Khabar angin parlimen bubar sebelum bajet 2023 makin kuat

Budak berlakon kena rasuk saka harimau, elak kena cekup dengan polis

[Video] Tular rakaman budak hampir pengsan kena cekik dengan rakan sekolah