Dalam zaman moden ni, kita boleh masak pelbagai jenis makanan dengan cepat, berbeza dengan zaman dulu di mana mereka perlu bersusah payah masak guna dapur kayu.
Sekarang, ada banyak peralatan canggih yang memudahkan kita dan dapat menjimatkan masa, terutamanya untuk keperluan dapur.
Hampir setiap rumah mempunyai air fryer untuk memudahkan proses masakan dan lebih cepat siap.
Penggunaan air fryer memberi banyak faedah kepada semua orang terutamanya kepada suri rumah.
Ada pelbagai jenis air fryer dengan harga yang berbeza, kerana perbezaan dalam kualiti dan jenama.
Tidak kisah harganya mahal atau murah, penting untuk korang memahami cara penggunaan yang betul supaya korang dapat memasak dengan lebih mudah dan air fryer boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.
1) Jangan semburkan spray anti lekat aerosol ke dalam air fryer.
Kebanyakan spray anti lekat mempunyai bahan tambahan yang boleh merosakkan lapisan anti lekat air fryer.
Cara yang selamat ialah menggunakan botol spray sendiri yang diisi dengan minyak masak untuk mengelakkan penggunaan spray anti lekat tersebut.
2) Panaskan air fryer selama beberapa minit sebelum korang masukkan makanan.
Langkah ini penting untuk mengelakkan air fryer rosak, sama macam kita panaskan oven dulu sebelum guna.
3) Pastikan bersihkan laci air fryer dan buang titisan yang terkumpul.
Kita boleh guna lebihan titisan cecair makanan tu jadi sos atau tambahan perisa untuk masakan lain, supaya tak membazir.
Contohnya, korang masak ayam bakar, ada lebihan titisan perapan ayam tu korang boleh jadikan sos!
4) Pastikan korang tidak letak banyak sangat makanan dalam bakul air fryer.
Kalau tidak, udara tak dapat beredar dengan baik, jadi makanan tidak akan masak dengan betul dan tak rangup.
Korang kena masak satu jenis masakan dalam satu masa yang sama.
5) Gunakan dulang aluminium atau kertas aluminium untuk memasak.
Anda boleh letakkan kertas alas aluminium di dalam air fryer untuk lebih mudah korang bersihkan selepas menggunakannya.
Pastikan makanan yang dimasak cukup berat supaya kertas tersebut tidak terbang di sekeliling.
6) Pastikan ada ruang 6 inci di sekeliling air fryer.
Sangat penting pastikan air fryer ada ruang yang cukup supaya peraliran udara berjalan dengan lancar. Pastikan meja atau tempat air fryer diletakkan di atas permukaan tahan panas.
7) Pastikan korang cuci air fryer setiap kali selepas guna.
Pastikan korang tidak basuh air fryer dekat sinki pinggan. Nak basuh air fryer senang je, guna sabun biasa dengan air. Lepas tu lap kering air fryer lepas guna.
Ini sahaja tips senang dan mudah untuk guna air fryer kat rumah.
Harap korang semua boleh masak dengan selamat dan ikut tips-tips yang berguna ni, lepas tu kongsikan dengan orang lain juga untuk kebaikan bersama.
Semoga tips-tips ini dapat memberi manfaat kepada semua.