Tindakan seorang remaja lelaki di negeri Haryana yang selamba duduk di atas bumbung sebuah kenderaan
Yang sedang bergerak telah mengundang kecaman hebat daripada pengguna media sosial, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram menunjukkan
Remaja berbaju putih itu duduk di atas bumbung kereta jenama Mahindra sambil bergerak di sebuah lebuh raya.
Lebih mengejutkan, dia melakukan aksi berbahaya itu dengan keyakinan tinggi sambil berkata,
“Saya tidak takut kerana bapa saya polis. Dia akan melindungi saya,” seperti yang tertera dalam video tersebut.
Rakaman itu mencatatkan lebih 4.3 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan netizen.
“Perbuatan ini sangat berbahaya! Bukan sahaja kepada anda, tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain!” kata seorang netizen dengan marah.
“Orang seperti ini patut ditahan! Terutamanya bila bapanya seorang pegawai polis!” tambah netizen yang lain.
BACA: Berjaya tangguh harta dari dilelong, ini penerangan mudah faham kes Datuk Vida